KUALA LUMPUR – Angin kencang barat daya dengan kelajuan antara 40 hingga 50 kilometer sejam dan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka melanda perairan Kedah, Perlis dan Pulau Pinang bermula esok hingga Jumaat ini.
Jabatan Meteorologi dalam satu kenyataan hari ini berkata keadaan itu adalah merbahaya kepada bot kecil, aktiviti rekreasi laut dan sukan laut.
Keadaan sama juga dijangka berlaku di perairan Phuket, utara Selat Melaka, Condore, Reef North dan Palawan sehingga Jumaat, katanya. – BERNAMA

