• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Along Cham Enggan Ulas Isu Isteri Dicekup Berkhalwat

oleh Ahmad Albab
15/08/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAWAK Along Cham atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad, 33, merayu agar diberikan privasi ketika diminta untuk mengulas kejadian isterinya, Zeela Seeron yang dilaporkan ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) pada pagi Sabtu lalu.

“Saya perlukan privasi,” kata Along melalui aplikasi Whatsapp kepada portal berita mStar Online ketika ditanya mengenai perkara tersebut, semalam.

Sebelum ini, akhbar tempatan melaporkan seorang penyanyi wanita yang juga merupakan isteri kepada pelakon dan pelawak telah ditahan disyaki berkhalwat bersama teman lelakinya di Bukit Jalil.

BACA: “Along Halau Saya Keluar” – Zila AF Terlalu Rindu Anak

Ketika serbuan, penguatkuasa JAWI meminta kerjasama untuk membuka pintu sebelum seorang lelaki membuka dan menutup kembali pintu rumah tersebut.

Selepas menunggu selama 30 minit untuk pintu dibuka semula tetapi tidak mendapat kerjasama dari empunya rumah, pintu tersebut terpaksa dipecahkan sebelum pemeriksaan dijalankan.

JUGA BACA: Along Raja Lawak Dakwa Isteri Minta Cerai Setiap Hari

Zila yang disyaki berkhalwat oleh Jawi dan ditemui bersembunyi di belakang almari di dalam sebuah bilik, manakala seorang lelaki berusia 30-an yang juga suami orang berada di ruang tamu selepas pintu dipecahkan Jawi.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 27 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan dan jika disabitkan kesalahan denda tidak melebihi RM2,000 akan dikenakan atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali. -MYNEWSHUB.CC

Tags: Along ChamJAWIzila seeron
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JAWI Diarah Siasat Isu Lelaki Berpakaian Menyerupai Wanita

JAWI Diarah Siasat Isu Lelaki Berpakaian Menyerupai Wanita

25/12/2025
0

Putrajaya: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) diarahkan menjalankan siasatan lanjut berhubung isu tular di media sosial melibatkan seorang lelaki...

Jakim, Jawi Diarah Selaras Solat Hajat Esok Untuk Keselamatan Misi Global Sumud Flotilla

Jakim, Jawi Diarah Selaras Solat Hajat Esok Untuk Keselamatan Misi Global Sumud Flotilla

25/09/2025
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) diarah menyelaras pelaksanaan solat hajat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd