• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Alat Pengepam Beg Udara Takata 100 Peratus Tersedia

oleh Ahmad Albab
19/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Honda (M) Sdn Bhd mengumumkan bahawa alat pengepam beg udara Takata di bahagian pemandu depan kini 100 peratus tersedia.

“Pemilik kereta Honda yang termasuk dalam senarai panggilan semua, boleh membuat janji temu dengan pengedar sah Honda pilihan, Hab Perkhidmatan Berpusat atau Hab Mudah Alih masing-masing bagi menggantikan pengepam beg udara yang terjejas,” kata Honda dalam satu kenyataan hari ini.

Sehingga 17 Ogos 2016, Honda Malaysia telah menyelesaikan 45 penggantian pengepam beg udara Takata atau kira-kira 175,000 unit pengepam beg udara bagi kereta yang terlibat.

“Sejak tiga minggu lepas, Honda Malaysia berjaya menggantikan lebih daripada 31,800 unit pengepam beg udara di pengedar sah, Hab Perkhidmatan Berpusat dan Hab Mudah Alih.

“Kami menggesa pelanggan yang terlibat supaya menukar bahagian yang terjejas bagi meningkatkan tahap penggantian sebanyak mungkin,” katanya.

Mengenai pengepam beg udara Takata di bahagian penumpang hadapan, Honda Malaysia berkata mereka menghadapi kekurangan dan tidak dapat menjamin 100 peratus stok kerana kekurangan bahagian berkenaan juga berlaku di peringkat global.

“Pelanggan kenderaan Honda yang terjejas boleh menggantikan kedua-dua pengepam beg udara Takata bagi bahagian pemandu dan penumpang hadapan (berdasarkan ketersediaan bahagian) dengan membuat janji temu dengan pengedar sah Honda,” katanya.

Pelanggan Honda diminta menghubungi talian bebas tol Honda di 1-800-88-2020 untuk membuat janji temu dengan mana-mana Hab Perkhidmatan Berpusat di Georgetown, Petaling Jaya dan Johor Bahru.

Maklumat lanjut boleh didapati di www.honda.com.my atau www.productrecall.honda.com.my

Beg udara, yang dibuat oleh pembekal alat automotif utama Takata Corporation, kebanyakannya dipasang pada kereta dari model tahun 2002 sehingga 2013. – BERNAMA

Tags: Honda
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Treler Bawa Kereta Honda Baharu Terbakar

Treler Bawa Kereta Honda Baharu Terbakar

06/09/2022
0

REMBAU: Empat buah kenderaan baharu jenis Honda musnah dalam kebakaran sebuah treler yang membawa muatan kenderaan berkenaan di Kilometer 227.2...

Honda City Hatchback Dilancar, Harga Bermula RM75,670

07/12/2021
0

KUALA LUMPUR: Honda Malaysia hari ini melancarkan model City Hatchback ke pasaran Malaysia yang ditawarkan pada harga bermula RM75,670. Model...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd