• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Akta Kawalan Harga & Anti Pencatutan 2011 Dikaji Semula

oleh Ahmad Albab
05/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BAHARU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dalam proses mengkaji semula Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 selepas terdapat persatuan peniaga mendakwa akta berkenaan menyekat kebebasan mereka berniaga dan ia tidak merangsang pelaburan.

Menterinya Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata pihaknya berharap satu mekanisme baharu dapat diadakan sebagai jalan penyelesaian supaya semua pihak iaitu peniaga dan pengguna berasa selesa.

“Jika bercakap soal kepenggunaan sudah tentu ada peniaga dan pembeli. Jika peniaga berhemah, sudah tentu pengguna akan membeli barangan secara selesa tanpa ada rasa syak wasangka.

“Hari ini apa yang membuatkan kita selesa adalah akta itu sendiri di mana ianya dapat membuktikan banyak barangan dijual dengan harga yang berpatutan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Pengkalan Chepa di sini malam tadi.

Beliau berkata kajian berkenaan dilakukan agar peniaga dapat merasakan terdapat keuntungan dan pengguna pula merasa harga berpatutan.

“Dalam isu ini, kita kena ada perjumpaan dengan semua pihak iaitu peniaga dan orang ramai supaya dapat mencari mekanisme baharu serta seterusnya memberikan keselesaan kepada semua pihak,” kata Hamzah.

Beliau berkata apa yang dilakukan oleh kerajaan bukannya untuk memberi ketidakselesaan kepada peniaga dan tidak timbul soal untuk menyekat peniaga daripada mencari keuntungan.

“Kita akan mencari mekanisme baharu bagi mengatasi apa sahaja masalah yang timbul termasuklah membawanya ke jemaah menteri,” katanya.

Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan dikuatkuasakan pada 1 April 2011 merupakan akta amat penting bagi pengguna kerana ia dapat melindungi pengguna daripada peniaga yang menjual barang dengan harga yang tinggi dan tidak munasabah, dengan tujuan untuk mengaut keuntungan yang berlebihan.

Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Pengkalan Chepa, Datuk Zaluzi Sulaiman, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Pengkalan Chepa, Zarina Md Eusope, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pengkalan Chepa, Haris Husin dan Ketua Puteri UMNO Bahagian Pengkalan Chepa, Rohana Mohamed. – BERNAMA

Tags: Hamzah ZainuddinKPDNKK
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hamzah Zainudin Dipecat Serta-Merta Dari BERSATU 

Hamzah Zainudin Dipecat Serta-Merta Dari BERSATU 

13/02/2026
0

Hamzah Zainudin Dipecat Serta-Merta Dari BERSATU 

Menang Kemaman Petanda Jelas PN Wadah Utama Politik Orang Melayu – Hamzah

Menang Kemaman Petanda Jelas PN Wadah Utama Politik Orang Melayu – Hamzah

03/12/2023
0

PETALING JAYA : Kemenangan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman, semalam membuktikan sokongan padu pengundi Melayu sekali...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd