Monday, May 13, 2024

Creating liberating content

Rempuh Penjara Sebab Nak...

MIAMI - Pihak berkuasa di Florida, Amerika Syarikat menahan seorang lelaki pada Sabtu...

Kastam Rampas 8 Kontena...

DENGKIL - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas lapan kontena mengandungi komponen mesin...

Putin Terima Jemputan Hadiri...

MOSCOW: Presiden Russia, Vladimir Putin, menerima jemputan menghadiri sidang kemuncak G20 di Indonesia...

Bellew Letak Jawatan, Khazanah...

KUALA LUMPUR - Sebagai pemegang saham utama Malaysia Airlines Bhd. (MAB), Khazanah Nasional...

Akibat Tak Pakai Underwear, Alat Sulit Anak Ifa Cedera

ANAK lelaki kepada penyanyi Datuk Ifa Raziah kini sedang dirawat di sebuah hospital swasta akibat mengalami kecederaan di alat sulit selepas bermain badminton, Sabtu lalu.

Kecederaan itu dikatakan berpunca gara-gara Muhammad Shakir Aqili Mohd Yani, 11, lupa memakai seluar dalam ketika bersukan.

Menurut Ifa, pada awalnya dia hanya membawa anaknya ke sebuah klinik kerana merasakan kecederaan itu tidak serius. Bagaimanapun, bahagian itu terus membengkak dan sakit sebelum dia terus membawa anaknya ke hospital.

“Doktor mengesahkan Aqili terkena jangkitan Testicular Torsion. Tak sangka pula ia kecederaan yang serius.

“Rupa-rupanya doktor memberitahu, kanak-kanak lelaki terutamanya tidak boleh bersukan tanpa memakai seluar dalam kerana ia boleh mengganggu bahagian sulit mereka,” katanya kepada BH Online.

Dalam pada itu, Ifa meluahkan rasa lega apabila doktor memaklumkan penyakit anaknya itu boleh diubati.

Untitled

“Risau juga kalau dia mandul. Maklumlah, dialah satu-satunya anak lelaki yang saya ada dan ia juga berkaitan dengan masa depannya.


“Apa-apapun saya lega apabila diberitahu Aqili akan pulih seperti biasa. Cuma selepas ini saya akan lebih berhati-hati dan sentiasa mengingatkan dia untuk menjaga diri,” katanya lagi.

Testicular Torsion berlaku apabila buah zakar dan salur sperma terpulas atau ‘twisted’.

Apabila buah zakar terpulas, ia mengakibatkan perjalanan darah ke dalam buah zakar tergendala atau terputus, menyebabkan bahagian itu membengkak dan meradang, yang memerlukan bantuan kecemasan perubatan. – MYNEWHSUB.CC

Sumber: Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori