Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Jenazah Bekas Pemain Bola...

KUALA TERENGGANU - Jenazah bekas pemain bola sepak Terengganu musim 2001, Alfian Aziz,...

Ronaldo Ceriakan Penyokong Juve

TURIN - Cristiano Ronaldo menandakan kemunculan sulungnya untuk Juventus dengan meledak gol ketika...

Nubhan Timang Anak Sulung...

TAHNIAH diucapkan kepada penyanyi Nubhan dan isterinya, Afifah yang baharu sahaja menimang cahaya...

Pemilik Kedai Makan Cedera...

IPOH - Seorang pemilik kedai makan cedera di kepala selepas disamun tiga lelaki,...

Wi-Fi roKKi Hiburan Dalam Penerbangan Percuma AirAsia

KUALA LUMPUR – AirAsia sedang menawarkan hiburan dalam penerbangan percuma melalui portal roKKi, sebagai sebahagian daripada penambahbaikan perkhidmatan Wi-Fi roKKI yang dilancarkan pada 2014.

Syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan hari ini, berkata perkhidmatan itu disediakan dalam penerbangan AirAsia Malaysia yang terpilih (penerbangan kod AK) pada alamat www.rokki.com, dan sekarang ini meliputi 33 pesawat.

Kandungan portal itu menyediakan maklumat pelancongan, video fesyen dan sukan yang dihasilkan oleh AirAsia, serta kandungan dari Astro Shaw seperti filem-filem blockbuster tempatan termasuk Ola Bola, Polis Evo, Maindhan dan The Journey.

AirAsia berkata filem aksi tempatan seperti ‘Temuan Takdir’ ditayangkan dalam penerbangan terpilih selama tiga hari dari 8-10 Ogos, ini merupakan kali pertama, filem Malaysia dikeluarkan dalam penerbangan sebelum tayangan perdana di dalam panggung.

Ketua Pegawai Eksekutif, Aireen Omar berkata sambungan pada hari ini menjadi satu keperluan, dan syarikat penerbangan itu berasa gembira untuk menyediakan Wi-Fi roKKi kepada semua tetamunya dan berkongsi penambahan yang telah dibuat ke atas platform tersebut.


“Sekarang, para tetamu boleh menikmati hiburan percuma pada peranti mereka sendiri ketika dalam penerbangan, dengan pelbagai kandungan tempatan dan antarabangsa yang disediakan.

“Kami tidak sabar untuk mengalu-alukan tetamu kami menaiki penerbangan yang dilengkapi dengan roKKi, dan berharap mereka akan mengambil kesempatan daripada hiburan dalam penerbangan ini, selain daripada menggunakan laman sembang roKKi ndan pelan-pelan Internet, yang boleh didapati pada harga yang berpatutan,” kata Aireen.

Pelan AirAsia roKKi Wi-Fi termasuk Pelan Sembang hanya berharga RM9 untuk 3MB (WhatsApp, WeChat, LINE, KakaoTalk & aplikasi Viber) dan Pelan Internet pada harga RM18 untuk 10MB (untuk penggunaan ringan Internet tidak termasuk YouTube serta aplikasi muat turun dari kedai dalam talian), kata syarikat penerbangan itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori