• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahmad Amsyar Terima Kritikan, Motivasi Terus Melangkah

oleh Ahmad Albab
25/08/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Penerjun negara Ahmad Amsyar Azman tidak mahu terus terguris hati dengan kritikan terhadap prestasinya di Olimpik Rio malah mahu mengambil kritikan sedemikian sebagai sesuatu yang positif untuk terus melangkah ke hadapan.

Penerjun berusia 23 tahun dari Perlis ini berkata beliau kini lebih bersemangat untuk menampilkan aksi yang lebih baik pada masa akan datang.

“Memang komen mereka buat saya lebih bersemangat. Saya akan mengambil kritikan sebagai positif dan ramai juga yang menyokong saya. Pengalaman pada Olimpik pertama ini sangat bermakna bagi saya.

“Saya akan ambil pengalaman ini untuk terus berjuang bagi mencari kejayaan dan mengharumkan nama negara pada temasya-temasya akan datang. Selepas melihat apa yang berlaku di Olimpik, tengok atlet lain menang medal dan sebagainya, ia menjadikan saya lebih matang,” katanya.

Ahmad Amsyar menerima kritikan daripada orang ramai dan media termasuk portal berita The Daily Mail Online dari Britain, kerana melakukakan kesilapan pada terjunan akhirnya pada pusingan kelayakan acara 3m papan anjal lelaki pada 16 Ogos lepas, sekali gus menyebabkan beliau gagal mara ke pusingan separuh akhir.

Sementara itu penerjun muda negara Nur Dhabitah Sabri, 17, bertekad untuk membawa pulang pingat pada Olimpik 2020 di Tokyo selepas menduduki tempat kesembilan dalam acara 10 meter platfrom individu, mengatasi ratu terjun negara Pandelela Rinong yang menduduki tempat ke-11 kerana kecederaan.

“Di Rio tidak perlu untuk merasa stres kerana apabila kita stres, ia buat diri kita susah nak terjun. Sebab itu saya sentiasa senyum sahaja. Saya sebenarnya ingat akan sampai ke separuh akhir sahaja, tetapi saya boleh sampai ke final dengan galakan jurulatih saya (Yang Zhuliang).

“Saya rasa selepas ini kita perlu menyertai lebih banyak kejohanan untuk membiasakan diri dengan pertandingan kerana kadang-kadang kita kekurangan keyakinan apabila menyertai kejohanan. Jadi bila masuk kejohanan, tak tahu macam mana nak kekalkan fokus dan stabil,” katanya.

Skuad terjun negara dijangka menyambung latihan di China selepas berehat selama 10 hari.

Ketika beraksi di Olimpik Rio, skuad terjun berjaya menyumbangkan sebutir perak menerusi gandingan Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong dalam acara 10m platform seirama wanita, yang juga merupakan pingat pertama diraih kontinjen Malaysia. – BERNAMA

Tags: sukan olimpik
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pengiraan Detik Pelancaran Olimpik Tokyo 2020 Bermula

25/07/2017
0

TOKYO - Menjelang Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020, Jepun menganjurkan acara pengiraan detik pelancaran penganjuran temasya sukan dunia itu, di ibu pejabat...

Dhabitah ‘Ponteng Sekolah’, Pandelela Sokong Demi…

12/10/2016
0

RATU terjun negara, Pandelela Rinong Pamg menyatakan sokongannya kepada Nur Dhabitah Sabri apabila banyak meninggalkan sesi persekolahan bagi menjalani latihan....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd