• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ada 279 Halaman Dalam Pemacu Pena – KJ

oleh Ahmad Albab
29/08/2016
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menjelaskan beliau memerlukan masa untuk membaca semua dokumen yang terkandung dalam pemacu pena yang diserahkan oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Katanya beliau hanya mula membaca secara terperinci kandungannya malam tadi dan mengakui tidak boleh menghabiskannya dalam masa satu malam.

Pemacu pena itu didakwa mengandungi maklumat mengenai ketirisan dan salah laku dalam Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

“Ada 279 halaman mengenai laporan itu dalam pemacu pena tersebut. Ia diberikan kepada saya pada Jumaat…saya mempunyai sedikit waktu lapang pada Sabtu dan Ahad tetapi masih terlibat dalam beberapa program seperti FitMalaysia pada Sabtu dan satu lagi acara pada sebelah petang.

“Saya hanya dapat membacanya malam tadi. Anda perlu beri saya sedikit masa untuk membaca semua dokumen itu. (Selepas itu) Saya akan maklumkan kepada anda langkah seterusnya,” kata Khairy.

Beliau bagaimanapun enggan menjawap soalan lain mengenai pemacu pena itu.

Terdahulu, Khairy melancarkan acara separuh maraton HSN21KM tajaan Proton Holdings Berhad yang akan menjadi acara utama sambutan Hari Sukan Negara pada 8 Okt ini di Dataran Merdeka, di kementeriannya.

Menurut laman Facebook Johor Southern Tigers, Tunku Ismail yang juga pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) telah menyerahkan pemacu pena yang didakwa mengandungi pelbagai maklumat mengenai ketirisan dan salah laku FAM kepada Khairy.

Tunku Ismail memutuskan untuk menyerahkan pemacu pena berkenaan kerana tidak mahu mempunyai sebarang masalah dengan FAM, selain mahu memberi tumpuan kepada kelabnya. – BERNAMA

Tags: FAMKhairy Jamaluddin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pendaftaran Pemain Naturalisasi Dan Pemain Warisan Dua Perkara Berbeza – MFL

Pendaftaran Pemain Naturalisasi Dan Pemain Warisan Dua Perkara Berbeza – MFL

18/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) sekali lagi menegaskan pendaftaran pemain kelab Johor Darul Ta’zim (JDT)...

KJ Mohon Akaun UMNO Diaktifkan Semula, “Insya’Allah, I’m Coming Home”

KJ Mohon Akaun UMNO Diaktifkan Semula, “Insya’Allah, I’m Coming Home”

16/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memohon agar pemecatan keahliannya dibatalkan dan nombor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd