• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

74 Pati Ditahan Dalam Operasi Bersepadu Di Lahad Datu

oleh Ahmad Albab
08/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LAHAD DATU – Polis menahan 74 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dalam operasi bersepadu di Kampung Sri Aman Muhibbah Silam dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Hamzah Ahmad berkata daripada jumlah itu 31 adalah lelaki dewasa dan sebelas kanak-kanak lelaki, 21 perempuan dewasa dan sebelas kanak-kanak perempuan.

Katanya operasi itu bagi membanteras kebanjiran PATI di daerah ini.

Dalam operasi itu pihaknya memeriksa 150 rumah di perkampungan berkenaan yang terletak 24 kilometer dari pusat bandar Lahad Datu dan 95 orang dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu untuk tujuan dokumentasi.

Seramai 74 warganegara Filipina yang tidak memiliki dokumen ditahan dan selebihnya dibebaskan setelah pihak polis dan Jabatan Immigresen berpuas hati dengan dokumen yang dikemukakan, katanya dalam kenyataan, hari ini.

Operasi itu diketuai Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti ASP Abdul Satal Mad Buraisal dan turut melibatkan agensi penguatkuasaan lain seperti Jabatan Imigresen, Pasukan Gerakan Am Batalion 17 Lahad Datu, anggota Tentera Kem Lahad Datu dan Majlis Daerah Lahad Datu.

Hamzah berkata operasi itu yang dijalankan di perkampungan tersebut berdasarkan maklumat mendapati terdapat ramai PATI yang berpindah ke lokasi itu ekoran kekerapan operasi di perkampungan tepi laut atau berdekatan pusat bandar Lahad Datu.

Menurutnya kesemua PATI dihantar terus ke Pusat Tahanan Sementara Sandakan bagi menunggu proses pengusiran balik ke negara asal.

Beliau berkata operasi sebegini akan kerap diadakan dan meminta kerjasama daripada masyarakat menyalurkan maklumat untuk diambil tindakan selanjutnya. – BERNAMA

Tags: Patipolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

20/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pusat Sumber Untuk Kemajuan Masyarakat dan Perumahan (REACH) memuji Jabatan Imigresen melaksanakan operasi besar-besaran terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd