• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

70 Pelajar Sekolah Menengah Poi Lam Keracunan Makanan

oleh Ahmad Albab
27/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Sebanyak 49 pelajar lelaki dan 21 pelajar perempuan Sekolah Menengah Poi Lam (SUWA) Lahat, di sini mengalami keracunan makanan disyaki berpunca daripada kari telur di dapur asrama sekolah berkenaan pada Khamis lalu.

Pengarah Jabatan Kesihatan negeri Datuk Dr Juita Ghazalie berkata maklumat awal diterima pada 7 malam Khamis lalu selepas pelajar berumur antara 13 hingga 18 tahun itu mengalami gejala sakit perut, cirit-birit, demam, muntah, pening dan loya.

Beliau berkata seorang daripada ibu pelajar sekolah itu membuat laporan kepada Pegawai Perubatan Pusat Kesihatan Daerah pada pukul 11.51 pagi semalam sebelum siasatan dijalankan sejurus selepas itu.

“Beberapa sampel seperti perkakas masakan dan makanan telah diambil untuk dihantar ke Jabatan Kimia. Keputusan masih belum diterima dan mengambil masa selama tiga hingga lima hari,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya kesemua pelajar dirawat di lima buah klinik swasta, seorang daripada mereka masih berada di sebuah hospital dan dijangka dibenarkan pulang hari ini.

Dr Juita berkata hasil siasatan mendapati empat daripada enam pekerja dii dapur asrama itu tidak mendapatkan suntikan kepialu.

“Malah empat daripada enam pekerja itu juga tidak menghadiri kursus pengendali makanan. Pihak kami juga mendapati ‘chiller’ tidak menepati suhu iaitu 13 darjah celsius semasa diperiksa sedangkan suhu standard ‘chiller’ adalah 4 darjah celsius, katanya.

Beliau berkata pengendali makanan juga didapati menyimpan bahan pencuci bersama-sama dengan bahan makanan di rak penyimpanan makanan.

Sehubungan itu, Dr Juita berkata Jabatan Kesihatan negeri mengarahkan dapur asrama itu ditutup serta-merta di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

“Notis kompaun RM1,000 telah dikeluarkan di bawah Akta Makanan 1983 mengikut peraturan (11) Kebersihan Makanan 2009,” katanya.

Beliau berkata pihaknya turut memberi penerangan tentang pendidikan kesihatan kepada pesakit, penyelia asrama dan pengendali makanan.

Pada 17 Ogos lalu, 56 pelajar lelaki Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) mengalami keracunan makanan selepas menikmati hidangan di dewan makan kolej itu.

Selang empat hari selepas itu (20 Ogos), 52 pelajar lelaki Kolej Matrikulasi Gopeng mengalami keracunan makanan selepas menikmati masakan berasaskan ayam di kafeteria lelaki kolej itu.

Pada Rabu lepas, Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata pihaknya tidak akan berkompromi dengan kes keracunan makanan dan memandang serius kekerapan kejadian itu di kantin atau dewan makan asrama sekolah di Perak sejak kebelakangan ini. – BERNAMA

Tags: keracunan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

3 Projek Bernilai RM20.2j Penduduk Cameron Highlands

Next Post

PAS Gesa Ahli Boikot Demo Haram #Tangkap MO1

Related Posts

20 Pelajar Keracunan Lepas Minum ‘Spirit’

20 Pelajar Keracunan Lepas Minum ‘Spirit’

09/06/2023
0

KOTA MARUDU – Seramai 20 pelajar lelaki di sebuah sekolah menengah kebangsaan di Pitas dimasukkan ke hospital akibat keracunan makanan...

Karbon Monoksida Pembunuh Senyap

18/09/2020
0

KUALA LUMPUR - Keracunan karbon monoksida boleh terjadi walaupun dalam kuantiti yang sedikit dan ia adalah punca utama kecederaan dan...

Next Post

PAS Gesa Ahli Boikot Demo Haram #Tangkap MO1

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd