• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

6 Sept. Pengurusan Kes Cerai Stanley Clement Augustin

oleh Ahmad Albab
16/08/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kes perceraian peguam Datuk Stanley Clement Augustin dengan isterinya Datuk Nika Gee Siew Yee ditetapkan bagi pengurusan kes pada 6 September kerana Gee baharu melantik peguamnya.

Hakim Datuk Siti Mariah Ahmad menetapkan tarikh itu selepas kes berkenaan disebut di dalam kamarnya dengan dihadiri peguam M. Kumar dan S. Periasamy mewakili Augustin manakala peguam Choo Dee Wei dan Bryan Ng Yin Miin bertindak bagi pihak Gee.

Choo yang ditemui pemberita berkata mereka dilantik semalam oleh Gee bagi mewakilinya selepas peguamnya sebelum ini menarik diri dan pihaknya baru memasukkan kehadiran sebagai peguam responden hari ini.

Katanya setakat ini tiada sebarang arahan daripada mahkamah supaya anak guamnya hadir untuk prosiding seterusnya.

Dalam petisyen perceraian yang difailkan pada Disember 2014, Augustin yang merupakan pempetisyen menamakan Gee sebagai responden.

Augustin, yang juga bekas Timbalan Pendakwa Raya, dalam petisyen perceraian terpinda berkata beliau telah berkahwin dengan Gee secara sah di sisi undang-undang pada 24 April 2007, dua hari sebelum tarikh persaraannya daripada perkhidmatan kerajaan.

Augustin, 65, berkata beliau merupakan seorang duda dengan tiga anak semasa berkahwin dengan Gee, 54, yang merupakan seorang ahli perniagaan.

Gee ketika itu seorang janda beranak dua. – BERNAMA

Tags: kes ceraiPeguam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Undang Yang Empat Negerí Sembilan Tidak Setuju Pembubaran DUN Negeri Sembilan?

Undang Yang Empat Negerí Sembilan Tidak Setuju Pembubaran DUN Negeri Sembilan?

05/06/2026
0

SEREMBAN - Undang Yang Empat Negerí Sembilan dan Tengku Besar Tampin membantah pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan oleh...

Zaman Pak Lah, Najib Razak Tiada Masalah Kritik Dasar Kerajaan – Lukman Sheriff

Zaman Pak Lah, Najib Razak Tiada Masalah Kritik Dasar Kerajaan – Lukman Sheriff

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Mengkritik polisi dan dasar kerajaan walaupun tidak benar dan provokatif, tidak patut dijadikan kesalahan dibawah Akta Hasutan....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd