• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

5,000 Peserta Jayakan Kayuhan Sehati Sejiwa 2016

oleh Ahmad Albab
21/08/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kira-kira 5,000 peserta hari ini menyertai program Kayuhan Sehati Sejiwa, sempena Bulan Kebangsaan 2016 yang diadakan di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di sini.

Kayuhan bermula di hadapan Dataran DBKL itu melalui beberapa jalan utama bandar raya ini membabitkan Jalan Raja Laut, Jalan Dang Wangi, Jalan P.Ramlee, Jalan Ampang, Jalan Sultan Ismail dan Jalan Tuanku Abdul Rahman sebelum berakhir semula di Dataran DBKL.

Upacara pelepasan peserta bagi kayuhan sejauh tujuh kilometer itu disempurnakan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Datuk Seri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad, Ketua Pengarah Penerangan Datuk Ibrahim Abdul Rahman dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mhd Amin Nordin Abd Aziz.

Dalam sidang media selepas upacara pelepasan itu, Sharifah Zarah berkata program kayuhan tahunan itu merupakan sebahagian daripada program yang dirancang sepanjang Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia mulai Julai sehingga Oktober ini.

Katanya program anjuran KKMM dengan kerjasama DBKL dan KL Car Free Morning bertujuan mengeratkan hubungan kekeluargaan dan menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan rakyat negara ini.

“DBKL sentiasa memberi kerjasama yang baik dalam usaha kami (KKMM) untuk mengadakan Kayuhan Sehati Sejiwa pada pagi ini. Sebenarnya apa yang kita lihat hari ini menggambarkan inilah sebenarnya Malaysia.

“Kami (KKMM, DBKL) bersama-sama mengeratkan lagi silaturahim dengan adanya program seumpama ini. Ia dapat menyemarakkan semangat kemerdekaan dengan rasa patriotik dan cintakan negara. Semangat seumpama ini yang cuba kami tanam,” katanya.

Mengenai sambutan terhadap kempen yang diadakan KKMM sepanjang Bulan Kebangsaan 2016, Sharifah Zarah amat berpuas hati dan memuji sikap rakyat negara ini yang memberi sambutan tidak terhingga saban tahun.

“Kami berasa amat bangga kerana usaha kami disambut baik seluruh rakyat Malaysia. Ke mana sahaja kami pergi termasuk Sabah dan Sarawak, kami dapat rasai semangat patriotisme penduduk setempat,” katanya sambil memuji semangat kecintaan rakyat Malaysia terhadap negara.

Antara program lain yang disusun sempena Bulan Kebangsaan 2016 adalah MERDEKA@komuniti, pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang, Doa Untuk Malaysia, Karnival Merdeka dan Amanat Hari Kebangsaan. – BERNAMA

Tags: bulan kemerdekaan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

COVID-19 Tak Halang Sambutan Bulan Kemerdekaan

27/07/2020
0

KUALA LUMPUR - Ancaman pandemik COVID-19 yang masih berterusan bakal menyaksikan Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Kempen Kibarkan Jalur Gemilang pada...

Raptai Penuh Hari Kebangsaan 2019 Lancar

29/08/2019
0

PUTRAJAYA - Raptai penuh perbarisan dan perarakan sambutan Hari Kebangsaan 2019 melibatkan 17,353 peserta berjalan lancar di Dataran Putrajaya hari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd