• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Sekeluarga Maut Kereta Bertembung Lori Di K.Terengganu

oleh Ahmad Albab
11/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Empat sekeluarga maut selepas kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori dalam kemalangan di Jalan Kampung Bukit Nanas berhadapan Sekolah Kebangsaan Bukit Nanas, di sini, awal pagi tadi.

Dalam insiden kira-kira 1 pagi itu menyebabkan mangsa, Mustapha Abdullah, 56, yang duduk di bahagian penumpang hadapan kereta Proton Saga FLX dan anaknya Azman Mustapha, 32, penumpang belakang maut di tempat kejadian.

Dua lagi mangsa yang maut dikenali Mohd Sabri Ngah, 48, dan pemandu Alif Faizal Ibrahim @Ismail, 26, juga merupakan saudara kepada Mustapha.

Nahas itu dipercayai berlaku selepas lori tiga tan yang dipandu seorang lelaki dari arah Kampung Tepoh menghala ke Wakaf Mesira memasuki laluan bertentangan.

Namun jarak yang terlalu dekat menyebabkan kedua-dua kenderaan tersebut gagal mengelak sebelum bertembung secara berdepan.

Susulan kejadian itu menyebabkan kesemua mangsa yang menaiki Proton Saga berkenaan yang beralamat di Kampung Seberang Takir, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada kepala dan anggota badan.

Sepasukan anggota Bomba turut dikejarkan ke lokasi nahas, dan mengambil masa kira-kira 30 minit bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit di tempat duduk masing-masing.

Sementara itu Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri Supt Shahrum Hashim ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian.

Katanya pemandu lori yang berusia 46 tahun itu yang tidak mengalami kecederaan ditahan untuk siasatan lanjut dan untuk ujian saringan air kencing.

Beliau berkata kesemua mayat dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk bedah siasat. – BERNAMA

Tags: kemalangan maut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

03/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelawak dan pengacara terkenal, Harith Iskander menggesa masyarakat supaya tidak mempolitikkan tragedi kemalangan maut di Simpang Renggam...

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd