• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Pelajar Sekolah Ditahan Bantu Siasatan Rogol

oleh Ahmad Albab
17/08/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Empat pelajar sebuah sekolah di Batu Pahat ditahan reman mulai semalam bagi membantu siasatan kejadian rogol melibatkan pelajar perempuan Tingkatan Satu, sekolah yang sama.

Kejadian dilaporkan berlaku sejak April hingga awal bulan ini.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Abdul Wahib Musa berkata kesemua remaja lelaki berumur antara 13 dan 15 tahun itu ditahan kira-kira 1 pagi semalam, di rumah masing-masing.

“Kejadian terbabit terbongkar selepas ibu mangsa yang merupakan seorang kerani berumur 34 tahun dipanggil oleh guru sekolah anaknya dan kemudian dimaklumkan kemungkinan anaknya menjadi mangsa rogol,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Abdul Wahib berkata ibu mangsa kemudian membawa anaknya yang berumur 13 tahun itu ke balai polis tiga hari lepas bagi membuat laporan dan kemudian ke hospital untuk menjalani pemeriksaan.

Tempoh tahanan reman terhadap keempat-empat pelajar itu sehingga Selasa depan. – BERNAMA

Tags: kes rogolpelajar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

11/01/2026
0

Alor Setar: Sebanyak 43 kes buli direkodkan di Kedah sepanjang 2025, meningkat mendadak berbanding hanya 10 kes pada 2024. Ketua...

Kes Rogol Di Sekolah: KPM Tumpu Bantu Pulih Emosi Calon SPM Dan Guru

Kes Rogol Di Sekolah: KPM Tumpu Bantu Pulih Emosi Calon SPM Dan Guru

12/10/2025
0

MELAKA: Semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan guru di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah, di sini akan diberikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd