• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

200 Pegawai Perubatan Siap Sedia Kendali Tugas

oleh Ahmad Albab
30/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seramai 200 pegawai perubatan termasuk enam doktor pakar dan 20 ambulans berada dalam keadaan siap sedia bagi menghadapi sebarang situasi kecemasan pada perarakan dan perbarisan Hari Kebangsaan 2016 di Dataran Merdeka, esok.

Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Lumpur, Datuk Seri Prof Dr Abu Hassan Asaari Abdullah berkata, pasukan perubatan yang diketuainya akan berada di sekitar kawasan berkenaan bagi membantu mana-mana tetamu kehormat, peserta atau pengunjung yang mengalami masalah kesihatan khususnya penyakit berkaitan haba.

Pasukan perubatan itu merangkumi doktor pakar, pegawai perubatan, pembantu perubatan, jururawat dan pemandu ambulans dari Hospital Kuala Lumpur (HKL), Hospital Serdang dan Hospital Ampang.

Selain itu, St. John Ambulans, anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan sukarelawan Persatuan Bulan Sabit Merah turut menyertai pasukan perubatan tersebut.

Dr Abu Hassan Asaari berkata pasukan di bawah seliaannya itu telah menjalankan analisa melalui pemerhatian terhadap peserta dan petugas dengan mengambil kira faktor cuaca serta keadaan semasa.

“Kami melihat apakah risiko yang bakal dihadapi ketika berlangsungnya acara ini. Melalui pemerhatian kami, faktor utama adalah cuaca dan keletihan dalam kalangan peserta dan petugas.

“Dalam analisa situasi yang kami jalankan mendapati kumpulan berisiko tinggi yang mungkin berlaku kecemasan adalah peserta, petugas dan tetamu kehormat,” katanya yang juga Pakar Perunding Kanan Traumatologi dan Ortopedik, HKL.

Mengenai rawatan bagi penyakit berkaitan haba, Dr Abu Hassan Asaari berkata pasukannya akan menggunakan kaedah rawatan ‘cold turkey’ iaitu menggunakan ketulan ais, tuala yang direndam dalam air sejuk atau memasukan ‘drip’ air sejuk ke dalam tubuh pesakit.

“Selain itu, bilik rawatan lengkap berhawa dingin ini amat penting juga bagi membantu pesakit. Kami akan rawat pesakit mengikut kategori penyakit haba yang dibahagikan kepada ringan, sederhana dan berat,” katanya.

Tambah beliau, pasukan perubatan juga bersiap sedia memberikan rawatan kepada peserta perarakan dan perbarisan bermula dari Masjid Negara sehinggalah ke pusat beli-belah Sogo. – BERNAMA

Tags: Hari Kebangsaan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

15 Lagi Kes Jangkitan Virus Zika Di Singapura

Next Post

Suami Pasang CCTV, Isteri ‘Kantoi’ Dera Anak

Related Posts

4 Negeri Di Bawah PN Mungkin Guna Logo, Tema Hari Kebangsaan Berbeza

4 Negeri Di Bawah PN Mungkin Guna Logo, Tema Hari Kebangsaan Berbeza

19/08/2023
0

KUALA LUMPUR: Empat negeri di bawah pemerintahan Perikatan Nasional (PN) mungkin menggunakan logo dan tema Hari Kebangsaan yang berbeza untuk...

Single Terbaru Bunkface “Kita Punya Malaysia Versi Akustik”

30/08/2021
0

Single Terbaru Bunkface “KITA PUNYA MALAYSIA Versi Akustik”

Next Post

Suami Pasang CCTV, Isteri 'Kantoi' Dera Anak

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd