• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Maut, 4 Parah, 6 Kenderaan Ber­langgar Di Yong Peng

oleh Ahmad Albab
28/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHARU – Dua wanita maut manakala empat lagi anggota keluarga mereka cedera parah apabila kereta Proton Wira yang dinaiki dirempuh sebuah lori di KM115.6 Lebuh Raya Utara Selatan arah Yong Peng-Pagoh, dekat Batu Pahat, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Abdul Wahib Musa berkata dalam kejadian pada 9 malam itu, kemalangan turut membabitkan sebuah lori lain, treler, Perodua Viva serta kereta BMW.

“Mangsa yang maut adalah warga emas, Che Pon Ahmad, 74, iaitu penumpang hadapan kereta dan Sabahriah Mahad, 53, penumpang belakang. Kedua-duanya berasal dari Taman Melaka Baru, Melaka.

“Mereka yang cedera parah ialah pemandunya, Mohamad Redzuan Roselin, 31, berasal dari Felda Layang-Layang, Simpang Renggam dekat Kluang serta tiga kanak-kanak yang belum dikenal pasti identiti mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kemalangan dipercayai berlaku ketika Proton Wira dari arah Yong Peng menuju Melaka itu sedang berhenti di lorong kanan jalan kerana berlaku kemalangan kira-kira 400 meter di hadapan.

Menurutnya, pada masa sama, datang sebuah lori dari arah sama terus melanggar bahagian belakang kereta itu lalu mengheret kenderaan terbabit sejauh 12 meter ke hadapan sehingga terperosok di bawah sebuah lori lain.

“Che Pon dan Sabahriah meninggal dunia serta merta di tempat kejadian kerana tersepit di dalam kenderaan dan mayat mereka dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat untuk bedah siasat,” katanya.

Mohamad Redzuan dan tiga lagi kanak-kanak berkenaan dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, untuk rawatan, katanya.

Abdul Wahib berkata difahamkan enam sekeluarga berkenaan sedang dalam perjalanan pulang ke Melaka setelah menghadiri majlis pertunangan di Kluang.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku akibat kecuaian pemandu lori berumur 48 itu yang kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Abdul Wahib berkata pemandu kenderaan lain tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kemalangan berkenaan turut menyebabkan kesesakan lalu lintas sejauh 10 kilometer di lebuh raya berkenaan namun, keadaan kembali pulih kira-kira 11 malam tadi, katanya. – BERNAMA

Tags: kemalangan mautKenderaan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

03/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelawak dan pengacara terkenal, Harith Iskander menggesa masyarakat supaya tidak mempolitikkan tragedi kemalangan maut di Simpang Renggam...

Jimatkan Pengunaan Tenaga Dan Kenderaan, Kurangkan Permintaan Terhadap Minyak – DAP

Jimatkan Pengunaan Tenaga Dan Kenderaan, Kurangkan Permintaan Terhadap Minyak – DAP

07/04/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP mengarahkan semua pemimpin dan wakil rakyat parti itu smembuat penerangan kepada masyarakat berhubung keseriusan krisis tenaga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd