• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

120 Warga Asing Diperiksa Di George Town

oleh Ahmad Albab
20/08/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Seramai 120 warga asing dari pelbagai negara ditahan dalam operasi bersepadu mencegah pendatang asing tanpa izin di beberapa tapak pembinaan di sekitar daerah Timur Laut, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata dalam operasi yang bermula pukul 2 petang itu, pihaknya menjalankan pemeriksaan di tapak pembinaan di kawasan perusahaan Jelutong, Jalan York dan Lebuh Sungai Pinang di sini.

“Semasa operasi itu, ada warga asing yang sedang bekerja di tapak pembinaan berkenaan cuba melarikan diri sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa bagaimanapun gagal kerana kami terlebih dahulu mengepung kawasan tersebut,” katanya di sini hari ini.

Katanya dalam operasi itu, seramai 120 warga asing diperiksa dan seramai 10 lelaki ditahan kerana gagal mengemukakan dokumen perjalanan diri dan menyalahguna pas lawatan sosial.

Beliau berkata mereka yang ditahan berusia 20 hingga 40 tahun dan terdiri daripada warga Indonesia, Myanmar serta Bangladesh.

Mior Faridalatrash berkata kesemua mereka dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut untuk didokumentasi sebelum dihantar ke Depoh Tahanan Juru untuk siasatan lanjut.

Katanya kes mereka disiasat menurut Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1959/63.

“Operasi secara berkala turut dibantu penguat kuasa Jabatan Imigresen Pulau Pinang dan Jabatan Pendaftaran Negara Cawangan Pulau Pinang. Ia akan diteruskan bagi membuat pemeriksaan terhadap warganegara asing yang masuk ke negara ini secara tidak sah serta memastikan mereka tidak terlibat dengan pelbagai aktiviti yang tidak sihat,” katanya. – BERNAMA

Tags: poliswarga asing
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd