• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zizah Razak Sah Selamat Sebab Berada Di Makkah

oleh
05/07/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengacara dan pelawak terkenal tanah air, Zizan Razak memberitahu dia berada dalam keadaan selamat di Arab Saudi kerana secara kebetulan masih lagi berada di sekitar kota suci Makkah.

Katanya, kejadian serangan letupan bunuh diri oleh anggota pengganas yang berlaku berdekatan ibu pejabat pasukan keselamatan Arab Saudi berlaku berhampiran dengan kompleks Masjid Nabawi di Madinah.

“Alhamdulillah setakat ini semuanya selamat, ketika kejadian tersebut saya sebenarnya masih berada di sekitar Makkah untuk menunaikan ibadah umrah. Manakala kejadian letupan itu pula berlaku di Madinah.

“Setakat ini apa yang boleh saya lihat aspek keselamatan di Makkah juga sudah dipertingkatkan dan diperketatkan lagi oleh kerajaan Arab Saudi,” kata Zizan, 32; ketika dihubungi oleh media tempatan.

Pada ketika ini juga kongsi Zizan, dia dan kumpulan jemaah umrah dari Malaysia yang berada di sana sudah diminta untuk lebih berhati-hati oleh pihak berkuasa selain penganjur program umrah tempatan.

zizan1

“Kami di sini turut sudah sentiasa diminta berwaspada. Malah lebih peka dengan keadaan sekeliling terutama jika melihat benda mencurigakan,” kata Zizan atau nama sebenarnya Mohd. Razizan Abdul Razak.

Tiga letupan berlaku di seluruh Arab Saudi dalam masa 24 jam termasuk di luar Masjid Nabawi yang menyaksikan penyerang meletupkan dirinya sendiri sehingga mengorbankan empat anggota keselamatan.

Jarak antara Madinah dan Makkah ialah 450 kilometer atau empat jam perjalanan dengan memandu kereta. Serangan turut berlaku di kawasan penduduk Syiah di Qatif dan luar konsulat Amerika Syarikat di Jeddah.

“Saat ini sebenarnya banyak andaian yang sedang dibuat, ada yang kata letupan bom berlaku dari sebuah kereta dan ada juga yang kata bahawa bahan letupan itu dibaling dengan menggunakan botol.

“Sebetulnya kita tunggu sahaja siasatan,” ujarnya lagi yang telah berlepas ke tanah suci sejak 25 Jun lalu untuk mengerjakan ibadah umrah dan dijangka pulang ke Malaysia pada 7 Julai ini. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Arab SaudiZizan Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mekah Terus Dikawal Dengan Sistem Pertahanan Udara Ultra Moden

Mekah Terus Dikawal Dengan Sistem Pertahanan Udara Ultra Moden

24/05/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ARAB SAUDI sekali lagi menunjukkan tahap kesiapsiagaan luar biasa menjelang musim Haji 2026 apabila Kementerian Pertahanannya menayangkan video...

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

18/04/2026
0

JEDDAH – Perjuangan wakil negara, Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam kempen AFC Champions League Elite 2025/26 berakhir di peringkat suku...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd