LAGI kes melibatkan ulat sawa muncul dari lubang tandas di Bangkok, Thailand menyerang manusia yang mahu melepaskan ‘hajat’.
Terbaharu, menimpa seorang wanita berusia 38 tahun yang terkejut besar apabila reptilia berbisa itu tiba-tiba muncul dari lubang tandas lalu mengigitnya ketika dia sedang bercangkung di atasnya.
Kejadian yang berlaku di Chonburi itu sekali gus menyebabkan mangsa, Nareerat Sri-nhampong yang cedera di tumit melompat serta merta dari tandas berkenaan.
Susulan itu, sukarelawan tempatan segera ke rumah Nareerat selepas menerima laporan insiden aneh tersebut.
Satu operasi menangkap ular sawa itu dijalankan dan mereka terpaksa memecah tandas di rumah wanita terbabit.
Kira-kira lebih sejam, sukarelawan tersebut berjaya menangkap ular sawa sepanjang 4.3 meter dan berat lebih 20 kilogram itu.
Difahamkan, ini bukanlah kali pertama reptilia itu muncul di tandas wanita terbabit kerana tiga bulan lalu ular sawa tersebut pernah muncul di lubang tandas terbabit.
Pada Mei lalu, seorang lelaki juga di Bangkok mengejutkan dunia apabila cedera parah di alat sulit apabila seekor ular sawa muncul di tandas dan menggigit zakarnya. – MYNEWSHUB.CC