Saturday, July 27, 2024

Creating liberating content

Adenan Satem Akan Terima...

KUCHING - Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem akan dianugerahkan Ijazah Kehormat...

Gudang Dan Kilang Perabot...

PETALING JAYA - Kira-kira 200 pekerja sebuah gudang dan kilang perabot di Jalan...

RM72 Juta Diperuntuk Bagi...

PUTRAJAYA - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa Yayasan Peneraju...

“Guna Santan Dalam Tin,...

JOHOR BAHRU - Harga kelapa dan santan dijangka naik manakala pengguna digalak menggunakan...

Video: Lelaki Tak Berhati Perut Gantung, Cekik Budak

TIGA video amatur memaparkan seorang lelaki menyiksa dan mendera dua budak lelaki telah mencetuskan kemarahan pengguna laman sosial Facebook.

Video berkenaan dimuat naik seorang pengguna Facebook, Siti Nur Suhada Ayub pada 23 Julai lalu dan telah ditonton lebih 12 ribu kali.

Menurut laman Stomp, klip video pertama memaparkan seorang lelaki berseluar pendek menghumban dua budak lelaki ke dalam sebuah tong berwarna biru.

Tindakan tersebut menyebabkan kanak-kanak malang itu hampir kelemasan setelah diperlakukan sedemikian rupa.

Kejam, Lelaki Baran, Gantung, Cekik Kanak-Kanak

Manakala video kedua pula memperlihatkan dua kanak-kanak lelaki menjerit dan menangis setelah mereka digantung secara terbalik di bingkai pintu dengan keadaan kaki ke atas dan kepala menghala ke bawah.

Seorang lelaki turut kedengaran menjerit dan memarahi kanak-kanak malang itu sambil memukul mereka tanpa belas kasihan.

Kejam, Lelaki Baran, Gantung, Cekik Kanak-Kanak


Di dalam video ketiga pula, seorang kanak-kanak dilihat meronta-ronta dan menangis ketakutan setelah dicekik seorang lelaki menggunakan sebelah tangan.

Wajah kanak-kanak itu jelas kelihatan menahan sakit.

Kejam, Lelaki Baran, Gantung, Cekik Kanak-Kanak

Bersama posting video tersebut, Siti Nur Suhada menulis kapsyen berbunyi; “Ya Tuhanku, lembutkanlah hati lelaki ini supaya dia dapat menjadi seorang ayah yang baik dan dapat membesarkan anaknya dengan baik, bukan seperti yang dipaparkan melalui video tersebut.”

Tidak dapat dipastikan tempat dan masa kejadian kerana maklumat terperinci tidak dinyatakan. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori