• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UNESCO Nafi Iktiraf Islam ‘Agama Paling Aman Di Dunia’

oleh AK-47
15/07/2016
dalam Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PIHAK Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) menafikan dakwaan pihaknya telah mengiktiraf Islam sebagai ‘Agama Paling Aman di Dunia’.

“UNESCO tidak pernah ada hubungan rasmi dengan entiti dikenali sebagai ‘Yayasan Keamanan Antarabangsa’ atau menyokong sebarang kenyataan atau mempunyai hubungan diplomatik dengannya.

“Kami bertanggungjawab menggalakkan dialog antara agama dan budaya di peringkat global dengan sokongan negara-negara, rakan kongsi dan pelbagai rangkaian.

“Melaluinya, UNESCO memupuk rasa hormat dan kesamarataan antara semua tradisi dan agama sebagai asas, berusaha membantu dan menguatkan perhubungan bila-bila masa,” ujar satu kenyataan dikeluarkan organisasi Pertubuhan Bangsa Bersatu itu baru-baru ini.

Penafian UNESCO tersebut dibuat susulan laman web satira terkenal dari India, Junta Ka Reporter melaporkan pengiktirafan palsu itu pada Isnin lalu hingga menjadi viral di seluruh dunia.

Laman sesawang berkenaan malah turut menyebarkan paparan senaskhah sijil yang kononnya UNESCO mengiktiraf Islam sebagai ‘agama paling aman di dunia’ bertarikh pada 4 Julai lalu.

Sijil pengiktirafan yang tersebar itu turut memaparkan logo UNESCO serta sebuah pertubuhan yang dipanggil ‘Yayasan Keamanan Antarabangsa’, bersama tandatangan Ketua Pengarah UNESCO, Irina Bokova.

Junta Ka Reporter bahkan mendakwa sijil tersebut juga dikatakan boleh dipaparkan di bangunan yang dimiliki oleh umat Islam seperti surau, pusat pendidikan Islam, masjid, kedai dan rumah sembelih halal.

Berita pengiktirafan itu turut dilaporkan oleh agensi berita kebanyakan negara Islam termasuk Pakistan.

Difahamkan, Junta Ka Reporter merupakan laman satira yang mempunyai nama hampir sama dengan portal berita India, Janta Ka Reporter. – MYNEWSHUB.CC

Tags: agama islamsatiraUNESCO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dapatkan Sumbangan Beli Tanah Untuk Kuil Haram Daripada Menyibuk Hak Muslim – Firdaus Wong

Dapatkan Sumbangan Beli Tanah Untuk Kuil Haram Daripada Menyibuk Hak Muslim – Firdaus Wong

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Pendakwah dan aktivis sosial, Firdaus Wong Wai Hung mempersoalkan mengapa Senator DAP, RA Lingeshwaran dan badan bukan...

BJP Melakukan Pembersihan Etnik Ke Atas Masyarakat Islam India 

BJP Melakukan Pembersihan Etnik Ke Atas Masyarakat Islam India 

29/10/2025
0

BJP Melakukan Pembersihan Etnik Ke Atas Masyarakat Islam India  Oleh Mynewshub  Istilah pembersihan etnik merujuk kepada usaha sistematik untuk mengusir,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd