• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Bahagian Semporna Berjalan Seperti Biasa

oleh Ahmad Albab
21/07/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Pemangku Ketua UMNO Bahagian Semporna, Datuk Seri Nasir Tun Sakaran berkata UMNO bahagian itu masih berjalan seperti biasa walaupun bekas ketuanya yang juga bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal keluar parti baru-baru ini.

Nasir yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Senallang berkata dakwaan kononnya UMNO Semporna tidak lagi wujud adalah tidak benar dan tidak berasas.

“Walaupun di peringkat awal terdapat beberapa masalah, namun ia dapat diatasi, malahan dalam beberapa hari ini kita lihat ada di kalangan anggota UMNO yang sebelum ini kononnya keluar parti telah kembali dan menyatakan taat setia kepada parti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO) di sini, hari ini.

Nasir berkata kepimpinan UMNO Semporna akan terus bekerjasama dan berusaha menyusun semula gerak kerja bagi memperkuatkan lagi UMNO di bahagian berkenaan.

“Sejarah telah membuktikan bahawa Semporna telah menjadi kubu kuat UMNO…apatah lagi sehingga kini UMNO telah banyak menabur jasa dan bakti kepada penduduk di daerah itu,” katanya.

Mohd Shafie membuat pengumuman keluar daripada UMNO ketika menghadiri majlis Rakyat Bersama Anggota Parlimen Semporna 4 Julai lepas, selepas keanggotaan beliau dalam parti digantung pada 24 Jun lalu. – BERNAMA

Tags: UMNO Sabah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

GRS Fokus Laksana Mandat Rakyat, Tidak Terikut Politik Semenanjung

01/04/2021
0

KOTA KINABALU - Parti komponen dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tetap fokus dalam melaksanakan mandat rakyat Sabah yang mahukan negeri...

UMNO Sabah Tetap Pertahan GRS

05/01/2021
0

KOTA KINABALU - UMNO Sabah mengulangi pendirian untuk terus mempertahankan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dibentuk menerusi kerjasama pelbagai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd