ISTILAH Citizen Journalist dan Reporter Without Border adalah gelombang gerakan maklumat sivil paling berpengaruh masa masa kini.
Gerakan ini mahu menghapuskan dominasi institusi media yang memonopoli bahan berita sebagai aset komersil.
Hari ini, Citizen Journalist menjadikan maklumat percuma. Kejadian di spot gumuk pasir Gurun Sahara kini boleh diakses di Paris, London dan New York.
“Dunia tetap tahu sekali pun CNN, BBC, Reuters, AFP dan Al Jazeera tidak melaporkannya,” kata Khairul Wasiril Aswad.

Anak muda ini antara Gen Y yang menggerakan Bilik Berita TV AlHijrah.
Bagi khairul Wasiril: Sekali pun media pro-Yahudi bersikap prejudis pada Palestin – fakta tetap tersebar. Kombinasi peranti canggih dan akses media sosial menjadikan kebenaran tidak boleh disembunyikan!
Tragedi Orlando… yang membunuh lima anggota polis ketika demonstrasi aman bermula dari satu kebenaran yang tersebar di media sosial Facebook Live.
Tindakan tiga anggota polis kulit putih menembak mati peniaga DVD haram – mencetuskan kemarahan awam luar biasa.

Tidak ada satu pun media AS melaporkan kes ini, tetapi protes berlaku setelah rakaman kejadian ini diviralkan.
Malah, peristiwa Arab Spring yang bermula di Tunisia pada 2011 berdomino hingga ke Algeria, Mesir, Libya dan Syria kerana trend Citizen Journalist media sosial.
Wartawan Gen Y seperti Khairul Wasiril melihat realiti berita pada era transisi maklumat di mana transaksi informasi digerakkan kartel awam.
Bahawa: Dunia maklumat kini berubah. Era pengaruh media segah Al Jazeera atau segagah CNN dan BBC sudah tidak lagi dominan.
Apa pun, semua ini tidak berlaku sekelip mata. Ia bermula sejak era Gerakan Antiperang Vietnam pada 1967.
Steve Jobs dan Tim Cook pengasas Apple menghabiskan lebih 20 tahun merealisasikan dunia gajet yang memberikan kuasa pada orang ramai mengakses maklumat.
Jobs dan Cook antara pelopor dalam kempen besar-besaran menjadikan maklumat sebagai aset awam yang boleh diakses secara bebas tanpa dimonipoli mana-mana kuasa.
Mereka berdua merealisasikan aspirasi generasi The Young Angry Men dengan dibantu dua lagi tokoh penting – Bill Gates (Micsosoft Inc.) dan Peter Zuckerberg (Facebook).
Justeru Gen Y Khairul Wasiril bebas daripada tepuan totok kewartawanan konservatif.
Selepas hampir dua dekad, sejak era emel dan SMS memulakan reformasi maklumat, kini interaksi media sosial menjadikan media konvensional termasuk TV, radio dan akhbar bukan lagi media utama maklumat.
Malah, selain CNN, BBC dan Al Jazeera – khidmat agensi pembekal berita agensi berita AFP, Reuters dan Bloomberg mula tersisih.
“Kita perlu menerima hakikat, perkembangan dua dekad kehadiran media sosial merobohkan dominasi 100 tahun media konvensional,” kata Khairul Wasiril.
Khairul Wasiril, kelahiran 1989 mewakili Gen Y yang dibesarkan pada era ledakan maklumat media baharu serta dominasi perskripsi informasi media sosial.
“Kita harus berinteraksi dengan trend ini sekiranya mahu berita televisyen kekal relevan,” kata hos program Kongsi Berita.
Khairul Wasiril antara sepuluh Gen Y yang membentuk tetulang utama dalam operasi di Bilik Berita TV AlHijrah untuk bangkit menjadi Saluran Maklumat Nombor Satu.
“Trend berita yang bertabiat cut a coute dan taksub pada 4W (Apa Mengapa Siapa Dimana) dan 1H (Bagaimana) bukan lagi kunci utama,” jelas Khairul Wasiril.
Berita kontemporari era Citizen Jornalism bersifat persepsi awam dan mahu bebas daripada pengaruh dominasi maklumat sebelah pihak.
Khairul Wasiril, 26, berkelulusan Diploma Animasi & Multimedia. Sejak 2010, anak muda melangkah menyertai media massa sebagai finalis program pencari bakat Bilik Berita Top Host.
Enam tahun menimba pengalaman di pelbagai stesyen TV, Khairul Wasiril kini menyertai Bilik Berita TV AlHijrah.
Sebagai anak muda Gen Y yang mahir berinteraksi pada era media baharu, Khairul Wasiril diamanah sebagai hos Kongsi Berita: Koloborasi Bahan Maklumat Media Sosial dan Trend Sebaran Berita di Media TV.

Program yang dirintis wartawan Gen Y ini, bersiaran setiap Rabu dan Khamis pukul 8.30 malam.
Generasi Khairul Wasirin sedang mencipta perubahan!
Ini generasi baharu yang menjadi tetulang kontemporari ketika ledakan maklumat sedang menuju reformasi intergriti.
Apa pun seperti rakan-rakan sekerja lain di Bilik Berita TV AlHijrah Khairul Wasiril berpegang pada prinsip: Apa pun juga keadaan, Islam menyeru pada kebenaran dan manfaat ummah.
Jangan lupa saksikan Gen Y era Khairul Wasiril sedang melakukan perubahan demi masa depan relevansi berita TV. – MYNEWSHUB.CC

