• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aliran Trafik K.Kangsar Ke Simpang Pulai Sesak

oleh Ahmad Albab
10/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Aliran trafik di Lebuhraya Utara-Selatan dari Kuala Kangsar menghala ke Simpang Pulai sesak sepanjang 30 kilometer, setakat pukul 1.30 tengah hari ini.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad berkata keadaan itu berlaku berikutan peningkatan jumlah kenderaan apabila orang ramai mula pulang ke destinasi masing-masing selepas bercuti sempena Aidilfitri.

“Laluan kontra diaktifkan dari Km 289.6 hingga Km 295.6 dari Simpang Pulai ke Gopeng untuk menyuraikan kesesakan trafik,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Katanya kemalangan kecil dilaporkan berlaku di Km 53.4 arah selatan dari Simpang Renggam ke Sedenak, di Kulai, Johor membabitkan lima kenderaan, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

“Kemalangan ‘bumper-to-bumper’ itu membabitkan dua kereta, dua kenderaan serba guna (MPV) dan sebuah lori. Tiada lorong terhalang,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik bergerak perlahan dari Lancang menghala ke Plaza Tol Karak dan Plaza Tol Bentong ke Bukit Tinggi.

“Kawasan lain masih dalam keadaan terkawal, namun trafik dijangka semakin meningkat petang ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: aliran trafikLebuhraya PLUS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Trafik Perlahan, Laluan Sesak Dari Gombak Hala Pantai Timur, Kenderaan Bertali Arus Dari Slim River Ke Tapah

Trafik Perlahan, Laluan Sesak Dari Gombak Hala Pantai Timur, Kenderaan Bertali Arus Dari Slim River Ke Tapah

15/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Aliran trafik menghala Pantai Timur dari Gombak ke Genting Sempah sesak anggaran 11 kilometer pagi ini. Jurucakap Lembaga...

Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Bergerak Perlahan

Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Bergerak Perlahan

19/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di semua lebuh raya bertol di Lembah Klang secara keseluruhannya bergerak lancar setakat jam 2.55 petang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd