• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiga Syarat Untuk Ravi – Pekerja Rayani Air

oleh Ahmad Albab
15/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Sekumpulan pekerja Rayani Air sedia memberi kerjasama kepada pemiliknya, Ravi Alagendrran bagi menyelamatkan syarikat penerbangan itu.

Bagaimanapun tiga syarat diberikan kepada Ravi sekiranya mahu mendapatkan kerjasama untuk memastikan syarikat penerbangan patuh syariah pertama negara itu dapat beroperasi semula.

Pengurus Stesen Rayani Air di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), Zulkalnain Azdan berkata, kerjasama tersebut bermula daripada proses menyiapkan kertas kerja, permohonan lesen yang baharu sehingga memuktamadkan pelabur untuk suntikan dana.

Zulkalnain yang mendakwa mewakili sekumpulan pekerja Rayani Air berkata, ia termasuk kesediaan pekerja berpengalaman untuk berkhidmat sekiranya syarikat penerbangan itu dibenarkan beroperasi semula.

“Salah satu kriteria untuk Rayani Air memohon lesen baharu adalah pengalaman dan kecekapan pasukan pengurusan. Kami merupakan kumpulan pekerja yang mempunyai pengalaman terutama dalam bidang penerbangan.

“Pengalaman dan keupayaan kakitangan akan meyakinkan pelabur untuk menyuntik dana, sekali gus menyentuh aspek kewangan syarikat,” katanya kepada mStar Online yang merujuk kepada Lesen Perkhidmatan Udara (ASL) di bawah Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom).

Pada Khamis, mStar Online melaporkan Mavcom menjelaskan bahawa Rayani Air perlu membuat permohonan baharu ASL dan memenuhi kriteria yang ditetapkan, bagi membolehkan ia dapat beroperasi semula sebagai syarikat penerbangan komersial.

Tiga Syarat Untuk Ravi - Pekerja Rayani Air
Rayani Air perlu mendapatkan semula lesen baharu bagi membolehkan ia beroperasi semula sebagai syarikat penerbangan komersial.

Mengenai syarat itu, Zulkalnain menegaskan bahawa ia demi menjaga kepentingan semua pihak termasuk pelabur, pekerja dan pelanggan, selain memastikan segala urusan sepanjang proses berkenaan dilakukan dengan telus dan lancar.

“Tiga syarat itu ialah pertama, Ravi tidak boleh lagi menerajui pengurusan dan operasi Rayani Air, dan ia perlu dikendalikan pelabur baharu. Ini termasuk isteri Ravi iaitu Datuk Karthiyani Govindan yang merupakan Pengarah Kewangan dan Sumber Manusia Rayani Air tidak boleh lagi memegang jawatan itu atau mana-mana jawatan pengurusan lain dalam syarikat.

“Mereka hanya berperanan ‘belakang tabir’ sebagai pemegang sebahagian saham, dan bukan pembuat keputusan untuk operasi Rayani Air pada masa akan datang.

“Kedua, urusan mendapatkan lesen dan memuktamadkan pelaburan perlu dilakukan di Mavcom, yang turut diwakili kami sebagai kumpulan pekerja.

“Ketiga, Ravi dan Karthiyani juga tidak boleh campur tangan dalam urusan pengambilan pekerja lama dan baharu, yang mana ia perlu dilakukan sendiri oleh pihak pelabur dan turut dibantu kami, bagi mengelakkan ketirisan berlaku,” kata Zulkalnain.

Menurut Zulkalnain, kerjasama ini bukan sahaja untuk permohonan ASL dan perolehan dana, bahkan juga melibatkan permohonan Sijil Pengendali Udara (AOC) di bawah Jabatan Penerbangan Awam (DCA).

Ini kerana katanya, kumpulan pekerja itu turut berpengalaman dalam operasi penerbangan, kejuruteraan, pengurusan kru kabin dan kakitangan di lapangan terbang termasuk kewangan, sumber manusia, komersial dan pembangunan perniagaan.

“Kami mempunyai pelbagai kepakaran yang akan membantu Ravi dalam menyediakan manual prosedur operasi standard (SOP) mengikut pengkhususan masing-masing,” katanya.

Sehubungan itu, Zulkalnain menegaskan bahawa syarat-syarat itu sekadar untuk melancarkan usaha menyelamatkan Rayani Air.

“Sebagaimana yang dikatakan Ravi, kita mahu semua masalah dalam Rayani Air dapat diselesaikan. Syarikat dapat beroperasi semula, tunggakan gaji pekerja dilunaskan dan bayaran balik tambang pelanggan dibuat,” katanya.

Difahamkan, Rayani Air perlu memohon ASL daripada Mavcom terlebih dahulu, sebelum mendapatkan AOC daripada DCA.

Pada 22 April lalu, Zulkalnain bersama sekumpulan pekerja membuat tuntutan tunggakan gaji dan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terhadap Rayani Air.

Pada 13 Jun pula, Mavcom membuat keputusan membatalkan ASL milik Rayani Air kerana telah melanggar syarat-syarat lesen berkenaan selain kurang keupayaan dari segi kewangan dan pengurusan untuk meneruskan operasi sebagai syarikat penerbangan komersial. Ia diikuti pembatalan AOC oleh DCA pada hari sama. – mStar Online

Tags: pekerjaRayani Air
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tak Faham Pertuduhan Langgar Murid Sekolah Hingga Cedera, Mahkamah Tetapkan 21 November Sebut Semula Kes

Tak Faham Pertuduhan Langgar Murid Sekolah Hingga Cedera, Mahkamah Tetapkan 21 November Sebut Semula Kes

28/10/2024
0

PORT DICKSON: Seorang pekerja pemasang khemah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan memandu dalam keadaan mabuk...

Polis Terima Laporan Dakwaan Salah Guna Dana RM700 Juta Kerajaan Terdahulu

Kebakaran Gudang Simpan Perkakas, Dua Pekerja Cedera

30/12/2023
15

PERMATANG PAUH: Dua pekerja gudang perkakas cedera termasuk seorang melecur sehingga 70 peratus selepas premis tempat mereka bekerja terbakar dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd