• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Simpanan Shariah KWSP: Tiada Perbankan Konvensional

oleh Ahmad Albab
25/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Skim pelaburan patuh Syariah sepenuhnya atau ‘Simpanan Shariah’, yang akan dilaksanakan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tahun depan, tidak mengguna pakai perbankan konvensional dalam portfolio pelaburannya.

Bagaimanapun, strategi pelaburannya masih berpandukan model Alokasi Aset Strategik (SAA), dengan objektif untuk melindungi dan meningkatkan nilai simpanan pesaraan ahli, kata dana persaraan itu menerusi satu kenyataan.

Pelaksanaan skim pelaburan patuh Syariah sepenuhnya ini bukan baharu kepada KWSP memandangkan selama ini dana pesaraan itu mematuhi dasar pelaburan dan garis panduan beretika yang melarangnya daripada melabur dalam sektor yang menggalakkan perjudian, mengeluar dan mengedar senjata untuk peperangan, menghasilkan dan mempromosikan alkohol selain aktiviti yang mempromosi hiburan tidak berlandaskan Syariah.

Selain itu, KWSP tidak melabur di negara yang tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Malaysia.

KWSP juga berkata kadar dividen bagi ‘Simpanan Shariah’ akan berasaskan prestasi sebenar pelaburan patuh Syariah yang dibuat oleh dana itu.

Mengenai perbandingan antara simpanan syariah yang ditawarkan oleh Tabung Haji (TH), KWSP berkata skim baharu itu mempunyai konsep yang sama.

Operasi serta pengurusan pelaburan tertakluk kepada prinsip Islam serta berlandaskan garis panduan yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Penasihat Syariah masing-masing.

Namun objektif penubuhan KWSP dan TH adalah berbeza.

Lembaga Tabung Haji berperanan sebagai pengelola dana jemaah haji dan mengurus aktiviti haji, manakala KWSP menyediakan faedah persaraan kepada ahli.

Pada masa yang sama, strategi dan objektof pelaburan KWSP berbeza daripada TH, termasuk kadar dividen.

Oleh itu, perbandingan secara langsung antara kadar dividen KWSP dan TH atau dana lain, tidak bersesuaian memandangkan setiap dana mempunyai objektif, strategi dan risiko yang berbeza.

KWSP merupakan organisasi keselamatan sosial yang bertanggungjawab untuk menjaga simpanan hari tua ahli.

Justeru, strategi pelaburan KWSP, yang disokong oleh rangka kerja pengurusan risiko pelaburan yang menyeluruh, memberi penekanan ke atas pelaburan berhemah, berisiko rendah dan mampu menyediakan pulangan stabil jangka panjang.

‘Simpanan Shariah’ KWSP dijadual dilancarkan pada Januari 2017, dengan saiz dana permulaan sebanyak RM100 bilion.

Permohonan untuk skim baharu ini akan dibuka kepada kesemua pencarum KWSP yang memilih untuk akaunnya diurus dan dilaburkan mengikut prinsip Islam.

Pengenalan skim baharu ini adalah selari dengan arah tuju masa depan KWSP yang bermatlamat untuk menawarkan produk mengikut permintaan ahli.

Dana KWSP kini mematuhi sepenuhnya ESG (alam sekitar, sosial dan tadbir urus) dan 45 peratus daripada dananya sudah pun patuh Syariah.

Sebagai dana pencen terbesar di Malaysia, KWSP tidak akan melantik pasukan pengurusan yang berbeza untuk mengurus skim baharu ini.

Pengurusan sedia akan mengurus ‘Simpanan Shariah’, dengan rangka kerja tadbir urus Syariah akan diwujudkan yang meliputi Jawatankuasa Penasihat Syariah dan fungsi-fungsi pemantuhan Syariah yang ditetpkan oleh Lembaga Pengarah bagi memastikan operasi dan aspek pelaburan ‘Simpanan Shariah’ diurus berlandaskan prinsip-prinsip Syariah. – BERNAMA

Tags: KWSP Islamik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pencarum Bukan Islam Pun Minat Simpanan Shariah KWSP

08/08/2016
0

KUALA LUMPUR - Simpanan Syariah oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang mula dibuka pendaftaran hari ini turut menarik minat...

Pendaftaran Bagi Simpanan Shariah Dibuka Hari Ini – KWSP

09/08/2016
0

KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan Simpanan Shariah, yang akan dilancarkan pada Januari 2017, kini dibuka untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd