• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Lagi Kad UNHCR Untuk Pemohon ‘Walk-In’ – Shahidan

oleh Ahmad Albab
20/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kabinet memutuskan untuk tidak lagi membenarkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) mengeluarkan kad UNHCR kepada individu yang memohon secara ‘walk-in’, berkuatkuasa hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata keputusan itu dibuat berikutan kertas kabinet yang dibawa Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini.

Langkah itu bagi mengelak lambakan kad UNHCR di negara ini yang boleh mendatangkan masalah keselamatan negara dan masalah sosial.

“Saya sudah jumpa mereka (UNHCR Malaysia) banyak kali supaya menghentikan pengeluarkan kad UNHCR secara ‘walk in’.

“Ini adalah Malaysia. Bagaimana kad UNHCR boleh dikeluarkan tanpa pengetahuan Jabatan Imigresen dan polis yang akan menentukan status pemohon,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Jabatan Perdana Menteri (JPM) 2016 di sini hari ini.

Shahidan berkata pihaknya akan memaklumkan kepada UNHCR di Malaysia mengenai keputusan tersebut.

Sehubungan itu, katanya, kad UNHCR hanya boleh dikeluarkan kepada individu yang berada di depo tahanan atau setelah mendapat kebenaran dari Kementerian Dalam Negeri (KDN).

“Lambakan kad UNHCR berlaku di negara ini. Kita mendapati ada yang melakukan jenayah dan melarikan diri ke Malaysia untuk mendapatkan kad UNHCR.

“Selain itu, mereka yang bukan pelarian politik dan tidak dizalimi di negara asal juga diberikan kad UNHCR. Rohingya yang dizalimi dan dibunuh, orang lain yang mendapat kad UNHCR.

“Kita juga mendapati pemegang kad UNHCR dari Indonesia, Filipina dan Thailand juga lari ke negara ini,” katanya.

Menurut Shahidan, kabinet pada minggu lepas telah mengarahkan supaya satu Jawatankuasa Peringkat Tinggi ditubuhkan untuk menyelesaikan perkara berkenaan.

Mengenai dakwaan kad UNHCR dijual di Jalan Chow Kit, Shahidan meminta pihak yang mempunyai maklumat agar menyalurkannya kepada pihaknya agar tindakan tegas dapat diambil.

“Kita tidak main-main. Kita akan tangkap mereka yang mengeluarkan kad UNHCR yang palsu,” katanya.

Dilaporkan sebelum ini kira-kira 154,140 pelarian dan pemohon suaka berdaftar dengan UNHCR di Malaysia, sehingga akhir April lalu.

Daripada jumlah itu, wakil UNHCR di Malaysia Richard Towie berkata 139,780 pelarian dan pemohon suaka adalah dari Myanmar manakala yang lain dari Sri Lanka, Pakistan, Somalia, Syria, Iraq, Iran, dan Palestin. – BERNAMA

Tags: Shahidan Kassim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Pemberi Maklumat Perlu Dilindungi, Akta Kebebasan Maklumat Tak Boleh Dibuat Tergesa-gesa’

Dewan Rakyat Kecoh Shahidan Dakwa Jimmy Puah Sokong Israel

30/10/2023
0

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat kecoh seketika selepas Datuk Seri Shahidan Kassim (PN-Arau) mendakwa Jimmy Puah (PH-Tebrau) mengeluarkan kenyataan menyokong Israel....

Shahidan Kemuka Usul Tergempar Benarkan Pengeluaran Bersasar KWSP

Shahidan Kemuka Usul Tergempar Benarkan Pengeluaran Bersasar KWSP

20/02/2023
0

Kuala Lumpur : Biarpun usulnya ditolak Yang Dipertua Dewan Rakyat, Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim tetap komited mengusulkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd