• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terlalu Banyak Kepincangan Dalam `Hukum Islam’ – DAP

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Jelas terdapat terlalu banyak kepincangan dalam pengalaman pelaksanaan ‘hukum Islam’ di seluruh dunia. Hak mangsa dicabul dan ditindas,” kata Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Zairil Khir Johari.

Beliau memberi contoh apa yang berlaku di Arab Suadi, United Arab Emirates, Qatar dan Pakistan apabila wanita di negara terbabit menjadi mangsa penganiayaan `hukum Islam’ melibatkan hukuman penjara dan sebatan.

Malah, kata beliau, hukuman rejam yang terkandung dalam `hukum Islam’ masih menjadi pertikaian ramai pihak yang berpandangan hukuman itu tidak termaktub dalam al-Quran dan ia sebenarnya berasal daripada syariat Yahudi.

Justeru, beliau mengingatkan seluruh rakyat Malaysia terutama umat Islam bahawa hukuman rejam yang terkandung dalam enakmen hudud Kelantan juga terdapat kepincangan.

“Hujah bahawa ‘bukan Muslim tidak terkesan’ tidak boleh dipakai apabila ramai bukan muslim yang dikenakan hukuman hudud baik di negara Arab atau Indonesia. Awal tahun ini, seorang wanita Kristian di Acheh telah dihukum sebat kerana menjual arak.

“Bagaimanakah kita boleh menjamin hal ini tidak akan berlaku di negara kita apabila kuasa Mahkamah Syariah diperluas dan diperkasakan? Pada masa ini pun, kerap berlaku keputusan Mahkamah Syariah yang memudaratkan bukan Muslim, khususnya dalam isu hak penjagaan anak dan pewarisan,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Sehubungan itu, Zairil mempertikaikan adakah syariat Islam boleh dilaksanakan dengan adil di Malaysia jika berlaku ketidakadilan atau penindasan terhadap golongan wanita, bukan Muslim atau minoriti muslim seperti penganut Syiah. – MYNEWSHUB.CC

Tags: DAPislam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

19/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin DAP, Dr. Ong Kian Ming berpandangan parti itu perlu mengambil tindakan lebih tegas sekiranya isu...

DAP Adakan ‘Mesyuarat Tergempar’ Esok Susulan Tahanan Rumah Najib

DAP Adakan ‘Mesyuarat Tergempar’ Esok Susulan Tahanan Rumah Najib

18/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP akan mengadakan mesyuarat esok bagi membincangkan dan memutuskan pendirian serta tindakan susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd