• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tengku Abdullah Sedia Jumpa Khairy Bila-Bila Masa

oleh Ahmad Albab
23/07/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menyatakan kesediaan baginda untuk berjumpa dengan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar bagi mencari penyelesaian isu yang melanda persatuan itu.

“Bila-bila masa pun boleh jumpa,” titah baginda ringkas semasa ditemui selepas Majlis Pengurniaan Anugerah Kecemerlangan dan Khatam Hafazan al-Quran Maahad Tahfiz Negeri Pahang 2016 di sini, malam tadi.

Tengku Abdullah bertitah demikian semasa diminta mengulas kenyataan Khairy Jamaluddin bahawa beliau sedang menunggu untuk menghadap baginda yang juga Tengku Mahkota Pahang pada minggu depan.

Pertemuan itu merupakan susulan isu persaraan empat pemain Johor Darul Takzim (JDT) daripada skuad kebangsaan dan dakwaan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mendakwa mempunyai bukti salah laku di dalam badan induk berkenaan.

Khairy juga memberitahu beliau telah mengadakan pertemuan dengan Tunku Ismail pada minggu lalu dan akan memikirkan penyelesaian kepada permasalahan itu selepas berjumpa Tengku Abdullah.

Ditanya mengenai dakwaan Tunku Ismail bahawa beliau mempunyai pemacu simpanan mudah alih (pendrive) yang mengandungi pelbagai maklumat rasuah dalam FAM, Tengku Abdullah enggan mengulas lanjut.

“Itu kena tanya pada orang yang ada pendrive itu,” titah baginda ringkas.

Minggu lalu, empat pemain bola sepak JDT iaitu Safiq Rahim, Aidil Zafuan Abdul Raszak, S.Kunanlan dan Amirul Hadi Zainal mengumumkan hasrat berundur daripada menyarung jersi Harimau Malaya.

Tunku Ismail dalam kenyataannya mendakwa keputusan pemain itu berpunca daripada program dalam skuad kebangsaan dan sikap tidak bertanggungjawab FAM serta FAM dibelenggu rasuah. – BERNAMA

Tags: FAMKhairy JamaluddinTengku Abdullah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sungai Buloh yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menegaskan...

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin merakamkan penghargaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd