• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tidak Lama Lagi, Hanya Satu Jam Setengah KL-Singapura!

oleh AK-47
19/07/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Pemimpin Malaysia dan Singapura bakal menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) mengenai projek Rel Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura pada hari ini.

Ia diadakan sempena kunjungan sehari Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong ke Malaysia.

Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Lee semasa kunjungan itu akan menyaksikan acara MoU tersebut antara kerajaan Malaysia dan Singapura.

Cadangan laluan sejauh 350 kilometer itu bermula di Bandar Malaysia, tujuh kilometer daripada pusat bandar raya Kuala Lumpur dan berakhir di Jurong East, Singapura.

Cadangan perkhidmatan tren tersebut dijangka mengurangkan masa perjalanan hingga kira-kira 90 minit berbanding lima jam melalui jalan raya antara Kuala Lumpur dan Singapura.

Ia dijangka mempunyai lima stesen transit iaitu Seremban, Ayer Keroh, Muar, Batu Pahat dan Iskandar Puteri.

Wisma Putra turut menyebut Lee dijadual mengadakan pertemuan empat mata dengan Najib untuk membincangkan isu dua hala yang mempunyai kepentingan bersama.

Malaysia dan Singapura menikmati hubungan baik dalam pelbagai sektor termasuk perdagangan dan pelaburan, sosial, pendidikan, pertahanan dan keselamatan selain hubungan antara rakyat dengan rakyat.

Pada 2015, Singapura merupakan rakan dagang global kedua terbesar Malaysia dan rakan dagang terbesar dalam kalangan negara anggota ASEAN.

Jumlah dagangan antara kedua-dua negara mencatat RM190.6 bilion (US$48.8 bilion) pada 2015. – BERNAMA

Tags: Lee Hsien LoongMoUrel kelajuan tinggi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia, Singapura Meterai MOU Cegah, Tangani Jenayah Rentas Sempadan

Malaysia, Singapura Meterai MOU Cegah, Tangani Jenayah Rentas Sempadan

14/11/2024
0

SINGAPURA - Malaysia dan Singapura menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) pada Khamis untuk memperhebat usaha membanteras jenayah rentas sempadan seperti pemerdagangan...

TPM Dedah Draf MoU Peruntukan Pembangkang, Bukti Ketelusan

TPM Dedah Draf MoU Peruntukan Pembangkang, Bukti Ketelusan

16/09/2024
0

Kuala Lumpur : Kerajaan Perpaduan hari ini mendedahkan dua draf Memorandum Persefahaman (MoU) yang dirangka bersama sebagai bukti ketelusan dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd