• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Syawal Di KL Sunyi: Selamat Asrin The Legend Bawa Diri

oleh AK-47
09/07/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HANYA ada dua orang pelopor busking di Kuala Lumpur.

Hamden Bolli, anak Sarawak memulakan senario basking pada 1982 di Jalan Masjid India dengan genre spesifiknya – raggae.

Seorang lagi lejen basking ialah Selamat Asrin yang memulakan kerjaya di Bus Stand Klang pada 1984.

Ini kisah #SelamatAsrinTheLegend!

Dilahirkan di Segamat, Johor pada 1968 – Selamat menjadi ikon jalanan kerana imej uniknya. Menyanyi tanpa iringan muzik – selamat mencipta pesona kerana menanyikan lagu-lagu ciptaan sendiri.

Antara lagu popular Cinta Ikan Keli dan Rumput Mati. Selamat menghasilkan album pada tahun 2010.

Selamat tiba di Kuala Lumpur pada tahun 1982 – dan menjadi gelandangan sepenuh masa.

Tiada pendidikan serta tidak mampu membaca, membuatkan peluang kerja terbatas. Apatah lagi, dengan berat badan sekitar 40 kilogram menyebabkan peluang kerjanya terhad.

Syawal Di KL Sunyi: Selamat Asrin The Legend Bawa Diri

Selamat juga dikenali kerana lurus bendulnya. Walaupun tiada pendidikan muzik, Selamat tetap menganggap dirinya komposer dan mencipta lebih 50 buah lagu.

Selamat meninggalkan Bus Stand Klang pada 1987 lalu mula basking di Pedestrian Pasar Seni dengan kemampuan pendapatan antara RM20 ke RM50 sehari. Satu angka pendapatan yang agak baik pada penghujung dekad 1980an.

Barangkali bagi yang bukan peminat seni jalanan di KL, anda tidak meminati Selamat.

Tetapi melihat saja foto artikel ini – siapa saja yang pernah berpeleseran di Bus Stand Klang, Daya Bumi dan Pasar Seni pada tahun 1983 hingga tahun 2010 pasti tersenyum melihat kelibatnya.

Selamat antara memori indah dunia seni jalanan di KL. Sejak era menyanyi di jalanan adalah satu kesalahan hinggalah ke era DBKL mengeluarkan permit nyanyian pada 2012.

Kini ratusan anak muda berjiwa seni mencari rezeki di jalanan KL termasuk persembahan busking sepanjang malam di Bukit Bintang.

Percayakah anda – 25 tahun lalu – hanya ada dua busker di KL – Hamden Bolli dan Delamat Asrin.

Sejak mengalami gangguan kesihatan, Selamat memilih pulang ke kampung di Segamat dan bekerja rencam untuk meneruskan kehidupan. Sesekali muncul di KL menziarahi rakan-rakan lama.

Setiap kali muncul semula di KL – Selamat Asrin Subon akan menyanyi di Bukit Bintang bagi mendapatkan duit tambang pulang ke JB.

Selain menyanyi, Selamat akan mengutip tin minuman untuk menambah pendapatan.

Untuk peminat #SelamatAsrinTheLegend – nantikan persembahan pelopor basking Malaysia ini pada hujung minggu. Selamat akan berada di Kuala Lumpur selama tiga hari untuk berhari raya bersama rakan-rakan lama.

“Mat! Baca molek laluan bas – takut mu naik saloh bas dok sapai KL plop!”

Selamat Datang #SelamatAsrinTheLegend. KL masih menghargai kamu! – MYNEWSHUB.CC

Tags: BuskingMuzik
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

KakPahPunk The Legend Balik Raya Naik Skuter KL Ke KB

Next Post

Kerajaan Thailand Rampas Tanah Kuil Harimau

Related Posts

Temberang Tak Akan Dipertandingkan Dalam Muzik Muzik

27/02/2019
0

KUALA LUMPUR: Meskipun single terbarunya, Temberang mencatat lebih 12 juta tontonan di YouTube, Ayda Jebat tetap dengan pendirian untuk tidak...

Main Muzik Kenduri Kahwin Pun Kena Lesen RM600

20/01/2019
0

BAYAR... Semua majlis keraian atau perkahwinan yang main alat muzik sama ada secara rakaman atau langsung akan dikenakan lesen muzik...

Next Post

Kerajaan Thailand Rampas Tanah Kuil Harimau

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd