Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Vivian Ada Niat Terbit...

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa Vivian Lee,...

Singapura Kenakan Caj Jalan...

SINGAPURA - Singapura akan mengenakan caj jalan raya sepadan dengan kadar Malaysia pada...

Isu Bayaran Balik GST...

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berharap dapat membuat rumusan susulan...

Video Bogel: Wartawan Menang...

WARTAWAN penyiaran sukan di Amerika Syarikat, Erin Andrews memenangi satu tuntutan kes mahkamah selepas...

Kerajaan Thailand Rampas Tanah Kuil Harimau

BANGKOK – Pejabat Pemulihan Tanah Pertanian Thailand bakal mengambil semula beberapa tanah yang diceroboh secara haram Kanchanaburi termasuk sebuah kuil yang dikenali sebagai kuil harimau.

Pegawai pertanian Kanchanaburi, Wacharin Wakamanont mengesahkan sebahagian besar tanah di kuil Wat Pa Luang Ta Bowa Yannasampanno atau kuil harimau akan diambil semula kerajaan.

Tanah di kuil itu yang diambil semula kerajaan menempatkan pejabat sami yang berbentuk harimau, sebuah pagoda dalam pembinaan, asrama 200 bilik untuk pekerja dan pintu gerbang dengan hiasan kepala harimau.

Katanya, langkah itu diambil selepas Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha mengarahkan pejabat itu mengambil semula tanah daripada penceroboh.

“Kerajaan sebelum ini memberi kebenaran kepada pihak kuil menggunakan tanah berkenaan untuk tujuan keagamaan.

“Bagaimanapun, pihak pengurusan kuil membangunkan tanah itu untuk dijadikan zoo,” katanya.


Jabatan perlindungan haiwan pada bulan lalu menyerbu kuil berkenaan kerana dipercayai membiakkan dan memperdagangkan harimau secara haram.

Pihak berkuasa menemui sejumlah kulit harimau, daging, tulang dan bangkai anak harimau yang dibekukan ketika membuat pemeriksaan di kuil berkenaan. – Agensi/myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori