• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suspek Kes Bunuh Bersenjata, Amat Bahaya

oleh Ahmad Albab
14/07/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Polis menyifatkan suspek kes bunuh empat beranak termasuk kanak-kanak lelaki berumur dua tahun di kilang pemprosesan ayam di Batu Maung di sini semalam, sebagai amat berbahaya.

Ini berdasarkan tindakan suspek yang mempunyai hubungan keluarga dengan mangsa, melepaskan 14 tembakan terhadap mereka.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Ghafar Rajab berkata usaha memburu lelaki berusia 32 tahun itu sedang giat dilakukan dengan bantuan polis Kedah dan Perak.

“Jika dia boleh menembak mati keluarganya termasuk budak berusia dua tahun, dia boleh melakukan apa sahaja,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 2.55 pagi semalam, empat sekeluarga mati ditembak, dipercayai oleh anggota keluarga sendiri menggunakan pistol, di sebuah kilang pemprosesan ayam di kawasan perindustrian Batu Maung.

Suspek kemudian melarikan diri dengan kenderaan pacuan empat roda milik kilang berkenaan dan meninggalkannya di Bukit Mertajam. Tiada senjata ditemui dalam kenderaan yang ditinggalkan itu.

Abdul Ghafar berkata polis percaya lelaki terbabit membawa bersamanya pistol yang digunakan untuk menembak Toh Hock Choon, 50, dan pasangannya Tan Saw Sim, 55, Chung Wah Tong, 28, dan anak lelakinya yang dikenali sebagai Ah Bee, 2.

Berdasarkan rakaman CCTV kesemua mangsa ditembak dari jarak dekat dan Abdul Ghafar berkata polis percaya lelaki terbabit mengambil dadah.

Polis bagaimanapun tidak menemui dadah di tempat kejadian sebaliknya yang ada hanyalah peralatan menghisap dadah, katanya.

Beliau berkata polis percaya suspek masih berada dalam negara dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenainya atau melihat lelaki dalam keadaan mencurigakan supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. – BERNAMA

Tags: kes bunuhtembak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd