Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Konflik Palestin-Israel: Hamas Terus...

BANDAR GAZA – Tentera Hamas melancarkan berbilang roket ke arah bandar Ashkelon semalam,...

AS Izin Perkahwinan Sejenis,...

SEJAK undang-undang di Amerika Syarikat membenarkan perkahwinan sejenis, aktor Matt Dallas merupakan antara...

Selangor Tingkat 130,000 Dos...

TANJONG KARANG - Selangor akan meningkatkan pemberian sebanyak 130,000 dos suntikan vaksin Covid-19...

Kementerian Sedia Terima Pendapat...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan sedia menerima pendapat orang ramai berhubung hukuman rotan...

Sunnah Bernikah Di Bulan Syawal

SELAIN puasa sunat 6 Syawal, mendirikan rumah tangga juga merupakan salah satu sunnah di bulan Syawal yang mungkin ramai tidak tahu.

Ini adalah berdasarkan riwayat dari Aisyah radhiallahu anha;

تزوجني رسول الله صلى الله عليه و سلم في شوال وبنى بي في شوال فأي نساء رسول الله صلى الله عليه و سلم كان أحظى عنده منى ؟ قال وكانت عائشة تستحب أن تدخل نساءها في شوال

“Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam menikahiku di bulan Syawal, dan mengadakan malam pertama denganku di bulan Syawal. Manakah isteri beliau yang lebih mendapatkan perhatian beliau selain aku?”

Salah seorang perawi mengatakan, “Aisyah menyukai jika suami melakukan malam pertama di bulan Syawal.” [HR. Muslim, An-Nasa’i, dan yang lain]

Ibnu Katsir rahimahullah menjelaskan, “Rasulullah sallallahu alaihi wasallam menikahi Aisyah untuk membantah keyakinan sebahagian masyarakat yang tidak suka bernikah di antara dua ied (bulan Syawal di antara Aidil Fitri dan Aidil Adha), mereka khuatir akan terjadi perceraian. Keyakinan ini tidaklah benar.” [Al-Bidayah wan Nihayah, 3/253]

Imam An-Nawawi rahimahullah juga menjelaskan, “Di dalam hadis ini terdapat anjuran untuk menikahkan mempelai, bernikah, dan mendirikan rumah tangga pada bulan Syawal. Para ulama kami (ulama bermazhab Syafie) telah menegaskan anjuran tersebut dan berdalil dengan hadis ini.

“Dan Aisyah radiyallahu anha ketika menceritakan hal ini bermaksud membantah apa yang diyakini masyarakat jahiliyyah dahulu dan anggapan tahyul sebahagian orang awam pada masa kini yang menyatakan makruh bernikah, menikahkan, dan mendirikan rumah tangga di bulan Syawal.

“Keyakinan seumpama ini adalah batil, tidak ada dasarnya. Ini termasuk peninggalan jahiliyyah yang ber-tathayyur (menganggap sial), kerana penamaan Syawal dari kata ‘al-isyalah’ dan ‘ar-raf’u’ (menghilangkan/mengangkat) (yang bermakna ketidakberuntungan menurut mereka).” [Syarh Sahih Muslim 9/209]

Sunnah Bernikah Di Bulan Syawal


Jadi, bagi mereka yang ingin mengakhirkan zaman bujang, bulan Syawal adalah masa yang terbaik untuk anda merebut pelbagai pahala sunnah.

Selamat mendirikan rumah tangga 😉

Allahu a’lam.

Barakallahufikum.

Oleh: Dr. Fathul Bari

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori