• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Fin’ Si Pembunuh Kongsi Gelap, Kata Bekas Ahli

oleh Ahmad Albab
31/07/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – ‘Fin’, itu gelaran anggota kongsi gelap yang sanggup melakukan apa sahaja untuk geng mereka, termasuk membunuh.

Bekas anggota sebuah geng di ibu kota, yang mahu dikenali sebagai ‘Dino’ berkata mereka yang digelar ‘Fin’ ini, akan bertindak lebih ganas dan tidak mempunyai belas kasihan terhadap sesiapa pun yang disasarkannya.

“‘Fin’ bererti penyudah atau pengakhiran dalam Latin dan itulah maksud mereka terhadap mangsa.

“Mereka ini dianggap seperti komando yang berani mati dalam menjalankan setiap arahan atau tugasan yang diterima,” katanya.

Menurut lelaki berusia 32 tahun itu, boleh dikatakan semua kumpulan kongsi gelap mempunyai pembunuh mereka sendiri.

Dia percaya pembunuhan seorang lelaki yang dikata ketua geng ‘Satu Hati’ di Setapak Rabu lalu adalah perbuatan Fin.

“Memang tugas Fin menakutkan kumpulan lain yang mungkin mahu menceroboh kawasan geng mereka,” kata Dino.

Katanya kawasan ditakluk geng dikenali sebagai ‘port’. Kumpulan berkenaan mengutip wang pelindungan serta menjalankan pelbagai aktiviti haram di kawasan itu.

‘Peperangan’ berlaku ketika satu geng cuba merampas port kumpulan yang lain, tambah Dino, yang sekarang bekerja sebagai ‘bouncer’ di kelab malam.

“Pergaduhan berlaku hampir setiap minggu. Biasanya jika bergaduh, hanya senjata tajam digunakan…tetapi sejak kebelakangan ini banyak kumpulan telah memiliki senjata api kerana harganya murah dan ia mudah didapati,” katanya.

“Kebanyakkan mereka mendapatkan senjata api ini dari Thailand yang diseludup melalui ‘jalan tikus’ dengan harga antara RM1,000 dan RM20,000 bergantung kepada jenis senjata,” katanya.

Dino berkata dia terpengaruh untuk menyertai geng lima tahun lalu kerana tidak mempunyai pekerjaan tetap.

“Pada mulanya, memang saya tidak berminat langsung untuk menyertai kumpulan ini…tetapi saya perlukan duit…lagipun ketika itu saya tergoda dengan sebuah filem tempatan menayangkan kehidupan kumpulan kongsi gelap,” katanya.

“Tugas saya mudah…mengugut dan memukul orang dan jenayah dadah…saya mendapat wang tunai beribu ringgit,” katanya. – BERNAMA

Tags: Kongsi Gelappembunuhan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Laporan DNA, Bedah Siasat Pembunuhan Kejam Cikgu Istiqomah Diperoleh

Laporan DNA, Bedah Siasat Pembunuhan Kejam Cikgu Istiqomah Diperoleh

23/12/2024
0

ALOR GAJAH - Mahkamah Majistret Alor Gajah hari ini menetapkan 23 Januari depan sebagai sebutan semula kes pembunuhan kejam seorang...

Pelajar Sekolah Antara 14 Remaja Hadir Upacara Angkat Sumpah Kongsi Gelap

Pelajar Sekolah Antara 14 Remaja Hadir Upacara Angkat Sumpah Kongsi Gelap

15/11/2024
0

KUALA LUMPUR: Empat belas remaja, termasuk pelajar sekolah antara 61 individu ditahan dalam serbuan polis ke lokasi dipercayai tempat upacara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd