• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Serpihan Diserah Kepada Pasukan Penyiasatan MH370

oleh Ahmad Albab
20/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Beberapa kepingan serpihan yang ditemui di Madagascar, dipercayai bahagian daripada sebuah pesawat telah diserahkan kepada Pasukan Penyiasatan Keselamatan Lampiran 13 ICAO Malaysia bagi MH370 semalam.

Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dalam kenyataan hari ini berkata antara barang yang diserahkan oleh seorang warga Amerika Blaine Gibson itu ialah panel penstabil dengan stensil ‘No Step’, penutup enjin dengan logo Rolls-Royce dan panel sarang lebah gentian kaca.

“Serpihan itu akan dihantar untuk pemeriksaan dan analisis bagi menentukan sama ada ia daripada pesawat penerbangan MH370,” kata DCA.

Penerbangan MH370, yang membawa 239 penumpang dan anak kapal, hilang dari radar tidak lama setelah berlepas dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014.

Kapal terbang itu masih belum ditemukan walaupun operasi pencarian besar-besaran telah dijalankan di selatan Lautan Hindi, tempat di mana penerbangan pesawat itu berakhir selepas melencong dari laluan asalnya.

Pasukan Penyiasatan Keselamatan Lampiran 13 ICAO Malaysia bagi MH370, yang diketuai seorang ketua penyiasat telah ditubuhkan untuk menyiasat kehilangan pesawat itu yang terdiri daripada 19 rakyat Malaysia dan tujuh wakil bertauliah daripada tujuh pihak berkuasa keselamatan dari tujuh negara.

DCA dalam kenyataan itu berkata adalah penting untuk diambil perhatian bahawa pada ketika ini tidak dapat disahkan sama ada serpihan itu daripada MH370.

“Oleh itu adalah amat penting bagi pengesahan mengenai barang-barang itu dijalankan oleh pakar-pakar,” katanya.

DCA berkata Polis Diraja Malaysia pada masa yang sama telah mengambil barang-barang peribadi yang dikumpulkan Gibson dari lokasi yang sama untuk tujuan pemeriksaan.

“DCA ingin mengucapkan penghargaan kepada Encik Blaine Gibson atas usahanya dalam mendedahkan penemuan itu dan kerjasama yang diberikan dalam perkara ini.

“Kami juga berharap sesiapa yang menemui apa-apa bentuk serpihan atau barang peribadi yang mungkin ada kaitannya dengan MH370 supaya menyerahkannya kepada pihak berkuasa berkenaan di negara masing-masing,” katanya.

DCA berkata ia akan memberikan makluman terkini pada bila-bila masa ia menerima sebarang maklumat baharu. – BERNAMA

Tags: MH370
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Zawara Coffee Janji Ubah Fizikal Trak Perang

Next Post

Pemandu Porsche GT3 Dan Infiniti Tunjuk Skill Disaman

Related Posts

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

08/03/2025
2

KUALA LUMPUR: Hari ini, genap 11 tahun pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang ketika...

MH370: Kerajaan Setuju Terima Tawaran Ocean Infinity Teruskan Pencarian

MH370: Kerajaan Setuju Terima Tawaran Ocean Infinity Teruskan Pencarian

20/12/2024
0

PUTRAJAYA - Kerajaan bersetuju menerima tawaran daripada syarikat Ocean Infinity (United Kingdom) untuk meneruskan pencarian dasar laut bagi mengesan bangkai...

Next Post

Pemandu Porsche GT3 Dan Infiniti Tunjuk Skill Disaman

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd