• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Serangan Dhaka: Dunia Perlu Bersatu Perangi Keganasan

oleh Ahmad Albab
02/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Serangan pengganas di sebuah kafe di Dhaka menunjukkan betapa dunia perlu digesa dengan suara lantang untuk bersatu memerangi keganasan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, kumpulan ekstremis tidak harus dibenarkan untuk berjaya dalam tindak-tanduk mereka.

“Saya menggesa kerajaan di seluruh dunia untuk menganalisa setiap maklumat dan berkongsinya dengan semua agensi perisikan kerana keganasan kini tiada batas sempadan, tidak ada had tetapi hanya bertujuan mencetuskan keganasan dan kemusnahan kepada masyarakat dan mereka yang tidak berdosa,” kata Najib menerusi catatan dalam laman Facebook beliau

Najib berkata pihak-pihak tertentu mungkin mendakwa bertanggungjawab terhadap tindakan keji ini atas nama Islam, tetapi bagi seorang yang benar-benar mengamalkan ajaran Islam, ia semata-mata untuk mempersendakan agama di bulan Ramadan yang mulia ini.

“Kita, sebagai umat Islam, mesti menolak kumpulan yang mencemarkan kesucian Islam. Biarkan diketahui bahawa keganasan tidak ada tempat dalam agama dan bangsa.

“Pengganas bukan Muslim dan mereka tidak mempunyai tempat dalam dunia Islam,”kata beliau.

Pada Sabtu, pasukan keselamatan Bangladesh dilaporkan telah menyelamatkan sekurang-kurangnya 13 tebusan dan menambak mati enam lelaki yang menyerang Holey Artisan Bakery yang popular di kalangan rakyat asing pada malam Jumaat. – BERNAMA

Tags: serangan keganasan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Nafi Dakwaan Harga Petrol, Diesel Naik Sebelum Aidilfitri

Serangan Keganasan Moscow: Semua Rakyat Malaysia Selamat

23/03/2024
0

SHAH ALAM - Kementerian Luar Negeri melalui Kedutaan Besar Malaysia di Moscow, Rusia mengesahkan bahawa semua rakyat dan pelajar Malaysia...

Polis Tahan Individu Dipercayai Rancang Serangan

13/10/2017
0

KUALA LUMPUR - Polis menahan beberapa individu di Kelantan dipercayai terlibat merancang melakukan serangan di negara ini. Ketua Polis Negara,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd