• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Senjata Api: Tingkat Kawalan Keselamatan Sempadan Negara

oleh Ahmad Albab
30/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Tentera Darat Malaysia (TDM) sentiasa mempertingkatkan kawalan keselamatan di sempadan negara ini dalam usaha mengekang sebarang aktiviti penyeludupan termasuk senjata api.

Panglima Tentera Darat Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor berkata bagi tujuan itu beliau telah mengarahkan Panglima Medan supaya semua anggota bertugas di sempadan melakukan eksesais secara berkala untuk menentukan keselamatan kawasan berkenaan.

“Warga tentera yang berkhidmat di situ (sempadan negara) akan terus memantau keselamatan dan kita akan berusaha sebaik mungkin untuk mengelak benda ini (penyeludupan senjata api) berlaku.

“Penyeludupan ini berbagai-bagai bentuk dan cara,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri Tentera Darat di Kem Darlockwood di sini, malam tadi.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan sebuah saluran televisyen yang mengatakan antara punca utama dikenal pasti kes jenayah tembak semakin berleluasa sejak kebelakangan ini adalah disebabkan aktiviti penyeludupan senjata api di sempadan yang semakin aktif dan upah pembunuh upahan yang rendah.

Turut hadir Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohd Johari Baharum dan Panglima 4 Briged (Mekanize) Brig Jen Datuk Md Din Abu.

Selain itu, Raja Mohamed Affandi berkata TDM turut mempunyai kerjasama yang baik dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam aspek penyelarasan operasi antara kedua-dua pasukan keselamatan berkenaan di sempadan negara.

Ditanya kemungkinan untuk menambah keanggotaan sedia ada di sempadan, beliau berkata pada masa ini tiada keperluan anggota tentera ditambah bagi mengawal keselamatan sempadan memandangkan jumlah keanggotaan sedia ada sudah memadai. – BERNAMA

Tags: senjata api
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Penyu Mendarat Di Pantai Cherating Semakin Meningkat

Next Post

Terima Gambar Bogel, Abam Digoda Pencinta Sejenis

Related Posts

Dua Lelaki Warga Taiwan Didakwa Perdagang Senjata Api, Miliki Peluru

Dua Lelaki Warga Taiwan Didakwa Perdagang Senjata Api, Miliki Peluru

10/02/2025
0

Kuala Lumpur : Dua lelaki warga Taiwan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas tiga pertuduhan...

TERKINI: Suspek Serang Balai Polis Ulu Tiram Mahu Rampas Senjata Api – KPN

TERKINI: Suspek Serang Balai Polis Ulu Tiram Mahu Rampas Senjata Api – KPN

17/05/2024
0

JOHOR BAHRU : Suspek yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram, di sini awal pagi tadi membuat persediaan dengan memakai pelindung...

Next Post

Terima Gambar Bogel, Abam Digoda Pencinta Sejenis

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd