• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Seniman Buat Laporan Polis Kebiadapan Fakkah Fuzz

oleh
05/07/2016
dalam Artis, Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) membuat laporan polis terhadap pelawak Singapura, Fakkah Fuzz yang didakwa mengeluarkan kenyataan biadap terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam persembahannya baru-baru ini.

Setiausaha Agung Seniman, Mohd. Hafiz Mohd. Nafiah yang ditemui pemberita berkata, pihak polis perlu segera menyiasat perkara berkenaan yang dipandang cukup serius oleh persatuan tersebut.

“Kami menggesa beliau agar memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia khususnya perdana menteri,” kata beliau selepas hadir membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi di sini semalam.

Seniman juga ujar Mohd. Hafiz, berharap supaya pihak Jabatan Imigresen Malaysia dapat segera menyenaraihitamkan artis muda Melayu yang kurang ajar tersebut daripada cuba memasuki negara ini.

Fakkah atau nama sebenarnya, Muhammed Fadzri Abdul Rashid, dikatakan ‘mempersendakan’ Najib sebagai bahan sindiran dalam jenakanya menerusi persembahan ‘stand up comedy‘ beliau baru-baru ini.

Sebuah video memaparkan aksi Fakkah menyebut nama Perdana Menteri ketika berjenaka tentang perbezaan penggunaan bahasa Melayu antara warga Singapura dan rakyat Malaysia tersebar luas di media sosial.

Fakkah dilaporkan sudahpun meminta maaf atas perbuatannya itu dan berkata beliau tidak berniat untuk menyakiti perasaan rakyat Malaysia dalam catatan menerusi laman Facebooknya baru-baru ini.

Namun, anggota Jawatankuasa Eksekutif Pemuda UMNO, Nazir Hussin Akhtar Hussin dan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan menggesa kerajaan Malaysia supaya mengharamkan Fakkah memasuki Malaysia.

Nazir berkata: “Tindakan itu perlu dilakukan agar tidak ada pihak luar yang secara biadab mempersendakan pimpinan negara kita dengan menjadikan Perdana Menteri sebagai bahan lawak.” – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Fakkah FuzzSingapura
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

09/04/2026
0

REMBAU - Pemimpin negara lain diharap tidak membuat kenyataan berhubung pendekatan Malaysia dalam mendepani isu sekatan di Selat Hormuz. Menurut...

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

08/04/2026
0

SINGAPURA, 8 Apr - Singapura menegaskan tidak akan terlibat dalam sebarang rundingan dengan Iran berhubung laluan selamat kapal atau kadar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd