• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sebutan Semula Kes Lydiawati Cedera Wanita 2 September

oleh Ahmad Albab
23/07/2016
dalam Artis, Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Majistret Ampang dekat sini hari ini menetapkan 2 September untuk sebutan semula kes pelakon popular tahun 1980-an, Lydiawati yang didakwa mencederakan seorang wanita menggunakan besi, Mac lepas.

Majistret Haslinda A. Raof menetapkan tarikh itu selepas peguam Fatimah Zahrah Ramli yang mewakili Lydiawati, 51, atau nama sebenarnya Salina Zaimon, memaklumkan pihaknya sedang menunggu dokumen berkaitan kes itu daripada Lydiawati.

“Kami mahu mengambil maklumat daripada telefon bimbit Lydiawati namun telefon bimbitnya rosak, justeru saya memohon satu tarikh sebutan semula bagi mengemukakan dokumen itu,” katanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Raihanah Abdul Razak.

Pada 16 Mei lepas, Lydiawati yang terkenal menerusi filem Suami, Isteri dan…, mengaku tidak bersalah dengan sengaja mendatangkan kecederaan ke atas Sharifah Harnizam Wan Musa, 43, seorang peniaga warga Brunei dengan memukulnya menggunakan besi.

Ibu tunggal dua anak itu didakwa melakukan kesalahan itu di Hotel Safari 2, Lot 52 Jalan Mamanda 9, Ampang dekat sini, pada 6.30 petang, 24 Mac lepas, mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu, jika sabit kesalahan.

Pada 25 Mac lepas, Lydiawati memuat naik dua video menunjukkan dirinya memukul seorang wanita di akaun Facebook miliknya sehingga menjadi viral. – BERNAMA

Tags: kes mahkamahlydiawati
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

“Kahwin Dua Bukan Dosa” – Adi Putra Janji Kongsi Cerita

Next Post

Video: Rahsia Body Mantap Ira Kaza Terbongkar

Related Posts

JIPS Siasat Tindakan Juruiring Tahan Kenderaan Berat Secara Tiba-tiba

Penggangur Didakwa Tipu RM8,000 Konon Boleh Bantu Selesai Kes Mahkamah

26/02/2024
0

Butterworth: Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan memperdaya seorang lelaki menyerahkan RM8,000 bagi...

Kes Mahkamah: UMNO Tak Pernah Minta Campur Tangan PM

Kes Mahkamah: UMNO Tak Pernah Minta Campur Tangan PM

23/08/2022
0

IPOH - UMNO tidak pernah mendesak sebarang campur tangan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung kes mahkamah...

Next Post

Video: Rahsia Body Mantap Ira Kaza Terbongkar

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd