Sunday, July 21, 2024

Creating liberating content

PN Teliti Punca Utama...

JOHOR BAHRU : Perikatan Nasional (PN) akan meneliti punca utama kekalahan gabungan parti...

Jadikan TV AlHijrah Stesen...

SAIZ  pasaran produk halal kini mencecah RM12 trilion di seluruh dunia. Satu realiti...

Mayat Nelayan Terjatuh Dari...

LABUAN - Mayat lelaki berusia 51 tahun yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh...

Arnab `Sayu’ Akhirnya Dipertemukan...

CARA anak patung arnab ini diletakkan di atas kerusi di dalam sebuah kereta...

Scha, Awal Tak Pernah Gaduh Sebab Balik Raya

PELAKON Scha Al-yahya mengakui dia berasa rindu untuk pulang beraya di kampung asalnya yang terletak di Sungai Petani, Kedah tetapi selalunya dia tidak mempunyai peluang untuk beraya di sana.

Ini kerana secara kebetulan kebanyakan saudaranya pula rata-rata berada di ibu kota.

“Sebenarnya sudah lama saya tak pulang beraya di Sungai Petani sebab mereka semua berada di sini. kadang ada juga merancang, tetapi tidak berkesempatan pula.

“Tahun ini juga tidak pasti dapat pulang ataupun tidak. Saya berharap kalau boleh, saya mahu pergi bercuti dengan emak dan keluarga mertua pada Aidilfitri ini.

“Walau bagaimanapun, semuanya bergantung pada keadaan kerana saya tidak akan bercuti panjang tahun ini dan akan memasuki set penggambaran,” kata Scha kepada portal Rotikaya.

Suaminya, Awal Ashaari pula berkata dia dan Scha tidak pernah bergaduh untuk pulang berhari raya kerana keluarga mereka berdua berada di Kuala Lumpur sahaja.


“Rumah keluarga saya dan Scha, dua-dua berada di Kuala Lumpur. Bila orang bercakap mengenai kampung, saya tak rasa sangat sebab kampung saya di Kampung Baru.

” Hanya dipisahkan dengan Penchala Link untuk pulang ke rumah keluarga Scha pula,” tambah Awal. -MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori