• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saya Akan Terus Istiqamah Laksanakan Tugas – Najib

oleh Ahmad Albab
31/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEKAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau akan terus istiqamah dalam melaksanakan tugas sebagai pemimpin nombor satu negara walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran dan tekanan dari dalam mahupun luar negara.

“Tidak ada apa-apa, semua macam biasa… saya mesti istiqamah pada tugas serta tanggungjawab saya sama ada sebagai Anggota Parlimen Pekan mahupun perdana menteri untuk menjaga kepentingan hampir 30 juta rakyat Malaysia,” katanya.

Najib berkata demikian ketika diminta mengulas tentang pelbagai cabaran dan tekanan yang beliau hadapi sejak akhir-akhir ini termasuk mengenai isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dibangkitkan oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat.

Beliau ditemui pemberita di majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang diadakan di Taman Tasik Sultan Abu Bakar di sini hari ini.

Kira-kira 50,000 tetamu pelbagai kaum termasuk dari Terengganu dan Kuala Lumpur menghadiri majlis berkenaan yang berlangsung dari pukul 10.30 pagi sehingga 3.30 petang.

Turut berangkat ke majlis berkenaan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah; Sultanah Pahang, Sultanah Kalsom; Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah serta anakanda-anakanda baginda.

Turut hadir Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob; Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pekan, Datuk Abu Bakar Harun dan barisan kepimpinan kerajaan negeri.

Mengulas tentang majlis berkenaan, Najib berkata kehadiran ramai tetamu pada majlis rumah terbuka itu jelas membayangkan sokongan rakyat terhadap kepimpinan beliau.

“Terima kasih kerana telah beri sokongan yang baik selama ini. Memang hubungan saya dengan pengundi Pekan khasnya amat erat dan baik, kalau tidak mereka tidak mungkin akan datang.

“Rumah terbuka ini juga satu daripada cara saya untuk beramah mesra dengan kebanyakan mereka yang jarang saya jumpa,” kata Najib.

Pada majlis itu, tetamu dihidangkan dengan pelbagai juadah istimewa termasuk nasi arab, kambing bakar, puding raja, dan sate di 165 gerai yang disediakan di kawasan itu.

Sebanyak 3,000 batang lemang dan 5,000 biji ketupat yang disediakan secara gotong-royong oleh masyarakat di Parlimen Pekan disajikan kepada tetamu.

Selain pelbagai juadah, mereka dihiburkan dengan persembahan artis terkenal tanah air seperti Datin Alyah, Ameng Spring, Azlan Typewriter dan pengacara Sharifah Shahirah serta Karl Shafiq.

Paling istimewa, mereka turut berpeluang mendengar persembahan nyanyian Tengku Abdullah dengan dendangan lagu ‘Butakah Cinta’ yang dipopularkan oleh kumpulan Spring.

Tengku Abdullah yang menyambut ulang tahun ke-57 keputeraan pada hari ini juga diberi kejutan dengan acara memotong kek serta nyanyian lagu ulang tahun kelahiran oleh para tetamu.

Pada majlis itu, Najib meraikan 100 bakal haji dari Parlimen Pekan dan menyampaikan sumbangan barangan kelengkapan mengerjakan rukun Islam kelima itu.

Terdahulu, perdana menteria bertemu dan menyampaikan amanat kepada pengerusi, timbalan pengerusi dan setiausaha biro Teknologi Maklumat (IT) UMNO Malaysia pada majlis yang diadakan secara tertutup di Ancasa Royale di sini.

Ketibaan Najib pada pukul 10.05 pagi disambut Pengerusi Biro IT UMNO, Datuk Ahmad Maslan dan beliau berada kira-kira 30 minit untuk bersama-sama dengan perwakilan yang menghadiri pemukiman itu. – BERNAMA

Tags: Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd