• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 4, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Samsung Lancar Edisi Terbaharu Galaxy A9 Pro

oleh Ahmad Albab
13/07/2016
dalam Gajet, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Samsung Malaysia Electronics (SME) hari ini melancarkan telefon pintar Samsung Galaxy A9 Pro (2016), edisi terbaharu Siri Galaxy A 2016 dilengkapi skrin paparan lebih besar serta kapasiti bateri, simpanan data dan kamera yang dipertingkatkan.

Ia yang didatangkan dalam pilihan warna hitam, putih dan emas, dijual mulai hari ini pada harga RM1,999 seunit, termasuk enam peratus Cukai Barang dan Perkhidmatan, kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Naib Presiden Unit Teknologi Maklumat dan Perniagaan Mudah Alih SME, Lee Jui Siang berkata telefon pintar itu dilengkapi skrin super AMOLED enam inci berdefinisi tinggi yang mampu memberi kualiti paparan visual lebih jelas dan menjadikan pengalaman melayari gajet yang lebih menarik.

“Ia sememangnya sesuai bagi mereka yang kerap menonton video atau melayari Internet bagi mendapatkan maklumat mengenai kafe pilihan,” katanya.

Tidak kurang menariknya, kata Lee adalah kemampuan telefon pintar itu dari segi ruang simpanan datanya.

Selain ciri simpanan memori dalaman berkapasiti 32GB, ia turut menyediakan slot mikro-SD yang boleh ditambah dengan memori luaran sehingga 256GB.

“Bagi meraikan kehadiran Galaxy A9 Pro di Malaysia, SME turut menawarkan kad SD 64GB secara percuma bagi setiap pembelian yang memberi kapasiti tambahan sebanyak 16,000 foto,” katanya.

Kuasa baterinya mencecah 5,000mAH dan dilengkapi unit pemproses lebih pantas dengan memori akses rawak berkapasiti 4GB bagi melancarkan lagi penggunaannya.

Ia turut dilengkapi kamera hadapan 8MP f/1.9 dan kamera belakang 16MP f/1.9 yang mampu menghasilkan kualiti gambar lebih jelas.

Lee juga yakin ciri-ciri menarik telefon pintar Galaxy A9 Pro itu mampu menarik serta melengkapi gaya hidup kalangan warga bandar yang serba praktikal. – BERNAMA

Tags: Samsung
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Gara-Gara Elak Kereta, Mat Motor ‘Terbang’ 180 Darjah

Next Post

Majlis Presiden Akui Pakatan Hilang Sokongan Rakyat

Related Posts

Samsung Lancar Telefon Pintar Premium Galaxy S10

21/02/2019
0

KUALA LUMPUR - Samsung Electronics Co. Ltd., (Samsung) menerusi Samsung Malaysia melancarkan telefon pintar premium terbaharunya, Galaxy S10, yang boleh...

Baju Pintar Mampu Kesan Penyakit Paru-Paru

03/02/2019
0

SEOUL – Firma elektronik gergasi Korea, Samsung dilaporkan sedang menghasilkan baju pintar yang berupaya mengesan sejumlah penyakit berkait paru-paru seperti...

Next Post

Majlis Presiden Akui Pakatan Hilang Sokongan Rakyat

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd