• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Robot Bakal Ganti Pekerja Di Asia Tenggara

oleh Ahmad Albab
09/07/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Lebih separuh pekerja di lima negara di Asia Tenggara berdepan risiko hilang pekerjaan akibat diganti robot dalam tempoh dua dekad dengan industri pakaian paling berisiko.

Satu kajian oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) mendapati, 137 juta atau 56 peratus pekerja dari Kemboja, Indonesia, Filipina, Thailand dan Vietnam, semuanya termasuk dalam kategori yang berisiko.

“Negara yang bersaing dengan tenaga buruh murah perlu menyusun semula kedudukan mereka. Kelebihan harga kini tidak lagi mencukupi,” kata pengarah biro ILO untuk aktiviti majikan, Deborah France-Massin.

Laporan itu memberitahu, pekerja kini perlu dilatih untuk bekerja secara berkesan bersama robot.

Asia Tenggara yang mempunyai 630 juta penduduk adalah hab untuk beberapa sektor pembuatan termasuk tekstil, kenderaan dan komponen komputer.

Seramai sembilan juta penduduk di Asia Tenggara bekerja di sektor tekstil, pakaian dan kasut.

Menurut ILO, 64 peratus pekerja di Indonesia, 86 peratus di Vietnam dan 88 peratus di Kemboja berisiko diganti oleh robot.

Agensi di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu itu memberitahu, teknologi seperti percetakan 3D, teknologi nano dan robotik bakal digunakan secara meluas di sektor itu.

“Robot kini semakin bagus di bahagian pemasangan, murah dan semakin mudah bekerja sama dengan manusia,” jelasnya.

Antara sektor yang dijangka turut terjejas termasuk automotif, alat ganti kenderaan, elektrik dan elektronik dan peruncitan. – Reuters/myMetro Online

Tags: pekerjarobot
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tak Faham Pertuduhan Langgar Murid Sekolah Hingga Cedera, Mahkamah Tetapkan 21 November Sebut Semula Kes

Tak Faham Pertuduhan Langgar Murid Sekolah Hingga Cedera, Mahkamah Tetapkan 21 November Sebut Semula Kes

28/10/2024
0

PORT DICKSON: Seorang pekerja pemasang khemah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan memandu dalam keadaan mabuk...

Polis Terima Laporan Dakwaan Salah Guna Dana RM700 Juta Kerajaan Terdahulu

Kebakaran Gudang Simpan Perkakas, Dua Pekerja Cedera

30/12/2023
15

PERMATANG PAUH: Dua pekerja gudang perkakas cedera termasuk seorang melecur sehingga 70 peratus selepas premis tempat mereka bekerja terbakar dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd