Friday, July 19, 2024

Creating liberating content

SIC Tawar Diskaun Pembelian...

KUALA LUMPUR - Penganjur dan promoter sukan permotoran, Sepang International Circuit Sdn Bhd...

UMNO Perlis Cadang Azlan...

KUALA LUMPUR - UMNO Perlis mencadangkan kepada kedua-dua pucuk pimpinan UMNO iaitu presiden...

Gubal Undang-undang Pastikan Kerajaan...

KUALA LUMPUR: Satu undang-undang khusus perlu digubal bagi membolehkan kerajaan yang dibentuk selepas...

Serangan Roket Gegar Kabul...

KABUL - Pihak militan melancarkan serangan roket di kawasan Shash Darak di Kabul...

Rempuh 10 Kereta, Pemandu Bas Ditahan Bantu Siasatan

IPOH – Pemandu bas persiaran yang merempuh 10 kenderaan lain dalam satu kemalangan di KM265.8 selepas terowong Menora telah ditahan, kata Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Perak, Supt Wan Jamil Wan Chik.

Menurut Jamil, pemandu itu akan direman bagi membantu pihak polis menyiasat kemalangan yang berlaku semalam itu secara menyeluruh.

Tambahnya, pihak polis juga akan menyiasat jika kejadian itu berpunca dari isu teknikal, kelalaian atau memandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah.

“Kami memandang berat kemalangan yang berlaku ini dan akan memulakan penyiasatan. Siasatan akan dilakukan secara menyeluruh bagi mengenalpasti punca sebenar,” katanya.

Difahamkan, sekurang-kurangnya dua orang cedera dalam kejadian yang berlaku kira-kira pada 2.45 petang itu.


Jamil berkata, siasatan awal mendapati trafik bergerak lancar di lebuh raya tersebut apabila sebuah bas secara tiba-tiba bergerak laju di antara dua lorong lebuh raya berkenaan. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori