• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Raja Muda Selangor Terima Watikah Tauliah

oleh Ahmad Albab
19/07/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah menerima Watikah Tauliah Pegawai Muda Tentera Darat Tauliah Luar Negara sebagai Leftenan Muda di Dataran PARAWOOD, Batalion ke 8 Rejimen Renjer Diraja Para, Kem Terendak di sini, hari ini.

Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor menyempurnakan penyampaian Watikah Tauliah tersebut.

Berangkat sama ke majlis itu, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah. Turut hadir Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob; Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron serta Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Dr. Zulkifeli Mohd Zin.

Empat lagi Pegawai Muda Tentera Darat turut telah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda ialah Mohd Nafiq Afifi Jumaan, Leftenan Muda Muhammad Akmal Azmi, Leftenan Muda Mohd Haziq Mohd dan Leftenan Muda Mohammad Hariz Hashim.

Tengku Amir Shah bersama Mohd Nafiq Afifi, Muhammad Akmal dan Mohamad Haziq adalah Pegawai Muda Tentera Darat Tauliah Luar Negara dari Royal Military Academy (RMA) Sandhurst, United Kingdom (UK).

Mohammad Hariz pula dari Officer Cadet School, SAFTI Military Institute, Singapura.

Semua Pegawai Muda Tentera Darat itu ditempatkan di Batalion ke 17 Rejimen Askar Melayu Diraja Para dan Batalion ke 8 Rejimen Renjer Diraja Para.

Terdahulu persembahan Tarian Ngajat, Demonstrasi Keupayaan Para menerusi persembahan Combat Casualty Care, Combat Swimming, Abseiling, Repelling, Fast Roping, Serangan Seksyen Human Wave dan Tarian Perang 10 Bgd PARA dipersembahkan kepada semua yang hadir.

Tengku Amir Shah, 25, ketika ditemui pemberita bertitah menasihatkan golongan muda yang berminat untuk menyertai bidang ketenteraan agar sentiasa mempunyai keinginan untuk belajar dan perlu bersikap proaktif.

“Sentiasa ke hadapan dan tidak hanya duduk diam di belakang serta bekerja sebagai sebuah kumpulan,” titah baginda yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Ekologi dan Biologi Alam Sekitar dari Universiti Leeds.

Baginda yang menjalani latihan ketenteraan Commisioning course 152 di RMA Sandhurst antara 3 Mei tahun lepas sehingga 15 April lalu, akan ditempatkan di Batalion ke 17, Rajimen Askar Melayu Diraja Para, Kem Terendak, di sini. – BERNAMA

Tags: Raja Muda SelangorTentera
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

TERKINI: Agong Zahir Nasihat Tegas, Pastikan Warga Tentera Darat Junjung Integriti, Amanah

TERKINI: Agong Zahir Nasihat Tegas, Pastikan Warga Tentera Darat Junjung Integriti, Amanah

07/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini menzahir nasihat tegas kepada Panglima Tentera Darat agar memastikan warga tentera...

Tentera Darat Malaysia Gagalkan Cubaan Seludup Dadah Bernilai Hampir RM11 Juta Di Sempadan Utara

Tentera Darat Malaysia Gagalkan Cubaan Seludup Dadah Bernilai Hampir RM11 Juta Di Sempadan Utara

10/12/2025
0

KUALA LUMPUR, 10 Dis – Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan cubaan menyeludup masuk dadah bernilai hampir RM11 juta dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd