• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Raja Muda Selangor Sertai Batalion Ke-17 RAMD

oleh AK-47
15/07/2016
dalam Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

VIRAL menerusi laman mikro Twitter Kementerian Pertahanan Malaysia menunjukkan beberapa keping gambar eksklusif Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah mengikuti latihan ketenteraan di sebuah kem.

Terbaharu, Tengku Amir Shah dilihat telah melaporkan diri dengan menyertai Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Batalion ke-17 di Kem Terendak, Melaka baru-baru ini.

Raja Muda Selangor Sertai Batalion Ke-17 RAMD

Raja Muda Selangor Sertai Batalion Ke-17 RAMD

Difahamkan, baginda yang kini berusia 25 tahun bakal ditauliahkan dalam majlis penuh istiadat yang akan berlangsung pada Selasa depan.

Sebelum ini, Tengku Amir Shah pernah menjalani latihan penyesuaian sebagai pegawai kadet di Kolej Tentera Darat di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Malahan baginda juga pernah mendapat pendidikan ketenteraan selama 18 bulan di Royal Military Academy di Sandhurst, United Kingdom.

Tengku Amir Shah merupakan putera tunggal daripada tiga beradik kepada Sultan Selangor dan dilahirkan pada 12 Disember 1990 di Amerika Syarikat.

Raja Muda Selangor Sertai Batalion Ke-17 RAMD

Penglibatan baginda dalam ketenteraan itu jelas mengikut jejak langkah nendanya, Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 1952 untuk menyertai latihan Askar Melayu di Port Dickson selama enam bulan.

Almarhum kemudian ditauliahkan Queen Commission dengan pangkat sebagai Kapten dan kemudian Mejar.

Bagaimanapun, penglibatan kerabat diraja dalam pasukan keselamatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bukanlah suatu perkara yang asing lagi di negara ini. – MYNEWSHUB.CC

Tags: MindefRaja Muda Selangor
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kedutaan Myanmar Takut Demo Bantah Rohingya Dizalim

Next Post

Pokemon Go Carian Google Paling Popular, Kalah Porno!

Related Posts

MINDEF Batalkan Kontrak Sewaan 4 Helikopter Black Hawk

MINDEF Batalkan Kontrak Sewaan 4 Helikopter Black Hawk

06/11/2024
0

SHAH ALAM : Kementerian Pertahanan (MINDEF) sudah menyerahkan notis pembatalan kontrak sewaan empat helikopter Black Hawk kepada syarikat yang sebelum...

Kontrak Sewaan Black Hawk: Mindef Beri Masa Hingga Oktober

Kontrak Sewaan Black Hawk: Mindef Beri Masa Hingga Oktober

01/09/2024
0

KOTA TINGGI - Kementerian Pertahanan (Mindef) memberikan tempoh hingga Oktober ini kepada pihak kontraktor untuk membuat penghantaran empat helikopter sewaan...

Next Post

Pokemon Go Carian Google Paling Popular, Kalah Porno!

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd