• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Puspakom Beroperasi Separuh Hari Pada 5 Julai

oleh Ahmad Albab
02/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Semua pusat pemeriksaan Puspakom di seluruh negara akan beroperasi separuh hari pada 5 Julai ini bermula pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari bersempena musim perayaan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Puspakom, Mohammed Shukor Ismail berkata, Puspakom memberi jaminan setiap temu janji pemeriksaan pada hari tersebut mengikut jadual dan berjalan dengan lancar.

“Para pelanggan yang mempunyai tarikh pemeriksaan yang luput pada 5 Julai dan ingin menjalankan pemeriksaan pada hari tersebut dinasihatkan membuat perancangan awal dengan mengunjungi pusat pemeriksaan sebelum pukul 12 tengah hari,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mohammed Shukor berkata, Puspakom bagaimanapun telah mengambil inisiatif dengan melanjutkan waktu operasi pada 25 Jun 2016 dan 2 Julai 2016 sehingga pukul 5 petang.

Menurut beliau, langkah itu bertujuan memenuhi permintaan pemeriksaan yang tinggi menjelang musim perayaan ini.

“Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut sila hubungi talian bebas tol di 1-800-88-6927 atau emel [email protected],” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Puspakom
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nahas UPSI: Laporan Awal PUSPAKOM Dapati Tiada Bukti Kegagalan Sistem Mekanikal Bas

Nahas UPSI: Laporan Awal PUSPAKOM Dapati Tiada Bukti Kegagalan Sistem Mekanikal Bas

14/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Laporan awal siasatan terhadap kemalangan yang meragut nyawa 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Raya...

Isu Kartel, Runner Di PUSPAKOM Sudah Lama Berlaku – MCW

Isu Kartel, Runner Di PUSPAKOM Sudah Lama Berlaku – MCW

03/01/2025
0

KUALA LUMPUR : Isu kartel dan 'runner' yang memanipulasi proses pemeriksaan kenderaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) sudah lama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd