• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pusat Tahanan Kamunting Dijadikan Pusat Tahanan Daesh

oleh Ahmad Albab
20/07/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAIPING – Jabatan Penjara sedang mengubah suai struktur bangunan Pusat Tahanan Kamunting di sini bagi menempatkan tahanan kumpulan militan Daesh.

Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Penjara (Keselamatan dan Koreksional), Datuk Hassan Sakimon berkata pengubahsuaian itu dijangka siap akhir tahun ini bagi membolehkan tahanan Daesh yang ditahan di negara ini diasingkan dengan banduan lain.

“Kita sedang buat pengubahsuaian kerana tahanan ini berbeza dengan tahanan lain dan mereka tidak boleh bercampur dengan tahanan lain.

“Kalau militan Daesh bercampur, ia boleh mempengaruhi tahanan lain. Pihak kami juga menempatkan pegawai penjara yang dilatih khas bagi menjaga banduan militan berkenaan supaya banduan lain tidak terpengaruh dengan militan Daesh,” katanya kepada pemberita.

Hassan menyampaikan sijil pada Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Sijil Asas Penjara membabitkan 158 pegawai penjara di Pusat Latihan Pegawai Penjara Malaysia di sini, hari ini.

Pada 16 Julai lepas, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata Malaysia kini menahan 213 orang yang terlibat dalam kegiatan Daesh termasuk 27 warga asing.

Hassan berkata tahanan kumpulan militan Daesh yang ditangkap itu kini sedang ditahan di Penjara Simpang Renggam, Johor dan Penjara Machang, Kelantan.

Menurut beliau, pihaknya telah menyediakan makanan dan penghantarannya akan dibuat secara berasingan selain mengawasi kesemua surat menyurat serta aktiviti perjumpaan dengan keluarga mereka.

Sementara itu beliau berkata Jabatan Penjara kini menghadapi masalah kesesakan tahanan di penjara yang menampung lebih 53,399 orang banduan berbanding 52,350 orang tahanan yang boleh ditempatkan di penjara di negara ini.

Bagaimanapun, pihaknya kini masih dapat mengawal kesesakan tahanan yang melakukan pelbagai kesalahan seperti Akta Pencegahan Jenayah 1999, Akta Pencegahan Anti Keganasan 2002, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (Pindaan) 2015 (SOSMA) dan militan Daesh, kata Hassan.

Beliau berkata Jabatan Penjara juga dalam perancangan untuk membina sebuah penjara baharu di Lahad Datu, Sabah dalam Rancangan Malaysia Ke-11 untuk mengatasi kesesakan tersebut.

“Reka bentuk penjara itu sedang disediakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR),” katanya.

Selain itu, beliau berkata terdapat 1,184 kekosongan jawatan yang belum diisi di Jabatan Penjara. – BERNAMA

Tags: Daesh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

30/08/2024
0

ISTANBUL - Pihak berkuasa Turkiye menahan lebih 100 anggota disyaki militan Daesh pada minggu ini yang dianggap penahanan terbesar terbaharu...

Pemimpin Daesh, Abu Al-Hussein Terbunuh Dalam Pertempuran

Pemimpin Daesh, Abu Al-Hussein Terbunuh Dalam Pertempuran

04/08/2023
0

BEIRUT : Kumpulan militan Daesh mengumumkan kematian pemimpinnya, Abu al-Hussein al-Husseini al-Qurashi yang dilaporkan terbunuh dalam pertempuran di barat laut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd