• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pusat Pemindahan Banjir Kedua Dibuka Di Teluk Kumbar

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Sebuah lagi pusat pemindahan sementara dibuka pagi ini di daerah Barat Daya bagi menempatkan mangsa banjir di Teluk Kumbar dekat sini berikutan hujan yang kembali lebat di kawasan itu.

Pusat pemindahan sementara di Dewan Gerakan Masyarakat Teluk Kumbar itu menempatkan 19 orang daripada lapan keluarga.

Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) daerah Barat Daya dalam kenyataan berkata setakat pukul 6.15 pagi ini, seramai 30 mangsa banjir daripada 13 keluarga ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara.

Sebelas orang daripada lima keluarga ditempatkan di Perpustakaan Komunitim Siber Ilmu, Teluk Bahang manakala selebihnya di Teluk Kumbar.

Hujan kembali lebat di Teluk Kumbar dan Teluk Bahang awal hari ini dengan air laut pasang. Cuaca keseluruhan di Pulau Pinang pagi ini mendung dengan hujan yang sesekali lebat.

Hujan lebat sejak pagi semalam menyebabkan beberapa kawasan rendah di Pulau Pinang termasuk Bayan Lepas, Batu Maung, Relau dan Teluk Bahang serta Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dilanda banjir. – BERNAMA

Tags: mangsa banjirPulau Pinang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Projek Pengangkutan RM21 Bilion Untuk Pulau Pinang, Anthony Loke Perlu Jelaskan Agihan 13 Negeri Lain

Projek Pengangkutan RM21 Bilion Untuk Pulau Pinang, Anthony Loke Perlu Jelaskan Agihan 13 Negeri Lain

23/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa mendedahkan jumlah keseluruhan projek pengangkutan yang diluluskan kepada 13 negeri lain susulan dakwaan Pulau Pinang...

Perayaan ‘Hungry Ghost Festival’ Diiktiraf Warisan Negeri

Perayaan ‘Hungry Ghost Festival’ Diiktiraf Warisan Negeri

03/09/2026
0

GEORGE TOWN - Perayaan Teong Guan Phor Thor yang dikenali sebagai ‘Hungry Ghost Festival' diiktiraf sebagai Warisan Negeri dalam usaha...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd